JERANTUT: Masalah longgokan sisa kayu di kawasan Kampung Baru Sungai Perdak, Bentong, akibat banjir besar yang berlaku Disember tahun lalu akan dibersihkan segera.
Menteri Alam Sekitar Dan Air (Kasa), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kementerianya akan meminta kerjasama dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Hutan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membersihkan kawasan itu dalam masa terdekat ini.
"Kita akui banjir baru-baru ini telah meninggalkan banyak sampah sarap sehingga menyebabkan saluran air sungai dan kawasan sekitar kampung dipenuhi dengan sisa-sisa kayu.
"Bagaimanapun, kita kena beri keutamaan untuk membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir terlebih dahulu," katanya dalam sidang media selepas lawatan ke tapak Projek Wakaf Air di daerah Jerantut, hari ini.
BACA: Pascabanjir: 'Kg Baru Sungai Perdak ibarat dilanda Tsunami' - Ketua Kampung
Beliau berkata, keutamaan diberikan untuk membersihkan rumah penduduk terjejas selain menyelesaikan masalah air termenung di beberapa kawasan terlibat dengan banjir Disember lalu.
Katanya, pam akan dihantar ke lokasi berkenaan bagi membantu mengalirkan keluar air termenung akibat banjir lalu terutamanya membabitkan kawasan perumahan dan ladang penduduk.
"Ini kena dilakukan segera kerana jika air tidak dikeringkan penduduk tidak dapat mengusahakan ladang mereka.
"Esok saya akan turun ke Maran untuk menyelesaikan air termenung dan pihak JPS telah menghantar pam-pam ke kawasan tersebut untuk menyelesai masalah itu,” jelasnya.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, selepas masalah kawasan perumahan penduduk dan ladang selesai, masalah sisa kayu dan sampah di kawasan yang terlibat di Bentong akan dilaksanakan dengan segera.
Beliau berharap Jabatan Hutan dan JPS akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kawasan terbabit dibersihkan dari puing kayu dan sampah sarap di sungai dan kawasan sekitar kampung.
Azizah Shafiei
Sun Jan 16 2022
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kementerianya akan meminta kerjasama dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Hutan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membersihkan kawasan itu dalam masa terdekat ini. - Astro AWANI
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Pascabanjir: Sisa kayu di Kg Baru Sungai Perdak akan dibersihkan segera - Tuan Ibrahim
Masalah longgokan sisa kayu di kawasan Kampung Baru Sungai Perdak, Bentong, akibat banjir besar yang berlaku Disember tahun lalu akan dibersihkan segera.