KUALA LUMPUR: Penyakit bawaan air dan makanan adalah penyakit yang biasa dikaitkan dengan banjir yang berpunca daripada jangkitan kuman yang terdapat dalam makanan dan minuman sudah tercemar.
Justeru, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, tahap kebersihan diri serta memastikan makanan dan minuman tidak tercemar ketika musim banjir perlu diutamakan untuk mengurangkan risiko.
"Antara yang biasa ialah keracunan makanan, taun, demam kepialu (tifoid), disenteri dan Hepatitis A.
"Jangkitan melalui minuman atau makanan tercemar atau tak dimasak, atau terdedah lama. Selain itu ia juga boleh berjangkit melalui kontak, kulit terbuka akibat luka dan berada dalam air yang tercemar.
"Simptom utama penyakit ini adalah cirit-birit, muntah, sakit perut, demam dan sekiranya teruk, pesakit boleh mendapat gejala dehidrasi seperti keletihan, tekanan darah rendah dan pengsan," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Isnin.
Namun kerana gejalanya agak menyerupai gejala penyakit biasa, ramai yang beranggapan ia bukan satu perkara serius dan situasi ini boleh membahayakan.
"Imbas kembali tragedi Lubuk Puyu di Pahang beberapa tahun lepas, ada anggota pasukan penyelamat yang mendapat jangkitan sehingga ada yang meninggal dunia. Jadi tak boleh ambil ringan, terus dapatkan rawatan.
"Di pusat pemindahan contohnya, kita ada kakitangan perubatan, seeloknya dapatkan nasihat dan rawatan. Tempho inkubasi jangkitan ialah empat hari ke dua minggu," jelasnya.
Bagi lokasi yang masih tiada bekalan air bersih, Dr Zainal menasihatkan agar orang ramai cuba mendapatkan air yang dijual dalam botol seperti mineral bagi urusan memasak dan makan.
"Kalau hujan lebat, boleh tadah air itu untuk diguna semasa memasak. Sebaiknya, jika sumber air dari mana-mana yang tidak dipakejkan seperti dalam botol (air mineral), masaklah dahulu dengan betul," katanya lagi.
Madiha Abdullah
Mon Dec 27 2021
Tahap kebersihan diri serta makanan dan minuman ketika musim banjir perlu diutamakan untuk mengurangkan risiko. - Gambar fail/Bernama
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
34,683 individu terkorban di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan tentera rejim zionis Israel di Gaza setakat ini. Dalam laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin itu lagi, 78,018 individu cedera.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.