PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas lanjut mengenai dokumen yang didakwa mengandungi percaturan Pas untuk mencampuri urusan kehakiman.
Menjawab ringkas soalan pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini, beliau berkata, dokumen itu masih belum dipastikan kesahihannya.
"Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak,” komennya ringkas, dan enggan mengulas lanjut.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya pemberita, selepas selesai merasmikan Majlis Town Hall, dan Pelancaran Buku Keluarga Sejahtera Keluarga Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini tular beberapa dokumen di media sosial, yang mendakwa terdapat perancangan rapi untuk mempercepatkan hukuman mahkamah terhadap beberapa pemimpin kanan UMNO, termasuk Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Antara nama yang disebut sebagai ‘perancang utama’ dalam dokumen itu ialah Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang dikatakan mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti politik lain.
Antara pemimpin itu ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diikuti Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Bagaimanapun, Ahmad Samsuri, yang juga Menteri Besar Terengganu, menyifatkan butiran dokumen itu adalah palsu, dan sampah.
“Yang dokumen sampah macam itu pun ada orang percaya jugakah? Saya buat gelak saja benda itu (dokumen), eja nama saya pun tidak betul… tak benar, itu datang daripada mana entah, benda-benda sampahlah bagi saya...” katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional dilaporkan akan membuat laporan polis.
Peguam utama Ahmad Zahid, Hisham Teh Poh Teik berkata, dokumen risikan yang didakwa dikarang jawatankuasa pusat Pas itu menimbulkan kesulitan kepada pihaknya, dan mengakui terkejut tentang perkara berkenaan.
"Satu laporan polis akan dibuat dan kita telah bertanya pada pihak berkuasa berkaitan untuk menyiasat perkara itu dengan teliti sama ada cubaan itu dibuat untuk menjejaskan integriti proses kehakiman," katanya dalam kenyataan pada tengahari Rabu.
Firdaus Azil
Fri Apr 22 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dokumen itu masih belum dipastikan kesahihannya. - Foto fail
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Juruteknik maut kenderaan bertembung
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan.
Langsaikan hak kita sebagai pengundi
Warga emas yang terlantar di atas katil akibat lumpuh sanggup mengundi dan beliau nasihatkan semua pengundi supaya menunaikan hak.
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Faisal Halim tidak terima pelawat, dipantau rapi selepas pembedahan ketiga - Exco
Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim yang kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan ketiga tidak dibenarkan menerima pelawat.
Wanita maut, kereta dinaiki bersama suami dan empat anak terbabas
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendean Hoo Chang Hook berkata, kejadian jam 2.11 pagi itu menyebabkan pemandu kenderaan iaitu wanita berusia 41 tahun maut akibat cedera parah.
Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo
Mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia semalam merupakan seorang pemimpin yang adil kepada semua masyarakat.
PasLeak: "Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak" - PM Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dokumen itu masih belum dipastikan kesahihannya.