awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir

Bernama
Bernama
11/01/2025
12:30 MYT
Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil barangan seperti pakaian secara percuma pada Program 'Pasor Percuma Ganu Kite!' kali ke 35 di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, hari ini. - Gambar Bernama
KUALA NERUS: Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan mendapatkan pelbagai barangan keperluan tanpa sebarang bayaran.
Penganjur 'Pasor Percuma Ganu Kite!' Mohd Nazri Nainy berkata program di Sekolah Kebangsaan (SK) Mengabang Telipot itu bagi membantu penduduk sekitar yang rata-ratanya nelayan dengan rumah mereka bukan sahaja dinaiki air bahkan diancam hakisan pantai dalam bencana akhir tahun lepas.
Beliau berkata kira-kira 200 penyumbang terlibat dengan bantuan bukan hanya diberikan dalam bentuk barangan tetapi termasuk sumbangan tunai sebanyak RM10,000 yang membolehkan pihaknya menyediakan barangan keperluan asas seperti beras dan minyak masak untuk diagihkan kepada penduduk.
"Kita dapat lihat program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran sekitar 2,000 pengunjung dan ada yang sudah menunggu seawal 8 pagi walaupun pintu pagar sekolah ini dibuka pada 10 pagi," katanya ketika ditemui di SK Mengabang Telipot, di sini hari ini.
Mohd Nazri berkata program ini turut menawarkan pakaian, perkakas rumah, mainan kanak-kanak dan buku sekolah secara percuma kepada pengunjung dengan 'Pasor Percuma Ganu Kite!' pada hari ini merupakan kali ke-35 dianjurkan sejak 2018.
Sementara itu, seorang penduduk Daud Mohd, 62, berkata program berkenaan dapat membantu meringankan bebannya setelah rumahnya di Kampung Gong Datuk di sini dilanda banjir bulan lepas, sehingga barangan seperti perkakas elektrik musnah.
Beliau berkata pasar percuma hari ini diadakan tepat pada waktunya kerana selain kerugian harta benda akibat banjir, nelayan pantai sepertinya juga masih tidak dapat turun ke laut sepanjang musim tengkujuh ini.
"Mujur ada program seperti ini membolehkan saya ambil barangan seperti beras kerana sepanjang musim tengkujuh, nelayan pantai tiada pendapatan. Banjir tempoh hari juga menyebabkan jala dan bot fiber saya rosak teruk," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasar Percuma
#mangsa banjir
#mati lemas
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan