awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pastikan kesiapsiagaan pendidikan awal secara menyeluruh - Dr Wan Marzuki

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
08/08/2025
11:30 MYT
Pastikan kesiapsiagaan pendidikan awal secara menyeluruh - Dr Wan Marzuki
Wan Marzuki berkata, pelaksanaannya perlu mengambil kira realiti kos pendidikan awal yang tinggi, khususnya di kawasan bandar. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan untuk mewajibkan pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) seawal usia lima tahun perlu disusuli dengan kajian menyeluruh melibatkan akses, kualiti dan kesiapsiagaan infrastruktur pendidikan.
Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar berkata, pelaksanaannya perlu mengambil kira realiti kos pendidikan awal yang tinggi, khususnya di kawasan bandar.
“Kita tidak boleh bergantung kepada sektor swasta semata-mata. Kementerian perlu meningkatkan akses kepada pendidikan awal berkualiti, terutamanya di kawasan pesat membangun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya, kurikulum pendidikan awal juga perlu disemak semula bagi memastikan ia relevan dengan perubahan zaman dan teknologi, di samping mengekalkan penekanan kepada asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Beliau turut menyentuh cadangan kerajaan untuk menamatkan pendidikan wajib pada usia 16 tahun, yang menurutnya memerlukan kajian mendalam kerana melibatkan perubahan besar dalam landskap pendidikan dan pasaran kerja negara.
“Kita perlu lihat kesediaan pelajar dari segi kematangan dan kebolehan untuk memasuki alam pekerjaan. Jangan tergesa-gesa laksanakan dasar tanpa perancangan rapi.
"Apabila sesuatu perkara itu kita ingin laksanakan, kita dapat laksanakan dengan baik sebab dia melibatkan suatu transisi yang besar kepada landskap perubahan pendidikan di dalam negara kita," jelasnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) berkata, kerajaan sedang bergerak ke arah mewajibkan pendidikan prasekolah bermula pada usia lima tahun sebagai langkah memperkukuh asas pendidikan awal kanak-kanak dan meningkatkan keberhasilan sistem pendidikan negara.
Beliau menegaskan, usaha tersebut akan disusuli dengan penyediaan lebih banyak kemudahan prasekolah, terutama di sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), khususnya di kawasan desa.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#RMK13
#kemudahan prasekolah
#pendidikan awal
#kawasan bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan