KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memastikan persekitaran persaingan adalah saksama terlebih dahulu sebelum mengapungkan harga petrol.
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, peranan ini perlu menjadi tanggungjawab Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
“Baru-baru ini ada laporan daripada sebuah bank, kalau diapungkan harga minyak hari ini, maka harga petrol RON95 akan meningkat hampir 64 peratus. Jika kita apungkan harga secara menyeluruh sekali gus, itu akan menjadi bahana yang besar.
“Ada banyak kaedah untuk kita laksanakan apungan secara berperingkat. Antaranya, kita boleh apungkan harga dalam julat tertentu. Maka akan berlaku naik turut harga dalam julat yang boleh diterima.
“Pada masa yang sama kita perlu pastikan bilangan pemain industri yang menawarkan produk yang sama mencapai tahap yang membolehkan persaingan yang sempurna,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Tambah Noor Azlan, mekanisme pengapungan harga dan pemberian subsidi bersasar yang akan dilaksanakan adalah untuk memastikan penawaran harga pasaran adalah adil dan menggambarkan realiti pasaran.
Pada 23 Mac lalu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan pertimbangan subsidi bersasar yang sedang dibincangkan dan akan diputuskan di peringkat kerajaan ialah bantuan menjurus kepada model pindahan tunai bulanan.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, inisiatif tersebut merupakan sesuatu yang tidak pernah ditawarkan kepada rakyat sebelum ini.
Dalam pada itu, menurut Rafizi, kerajaan juga tidak boleh menunda tarikh pendaftaran dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) berikutan perlu mematuhi jadual piawaian yang telah ditetapkan.
Rafizi turut berkongsikan bahawa kerajaan terpaksa menanggung sekurang-kurangnya RM2 bilion sebulan sekiranya pelaksanaan subsidi bersasar tersebut ditangguhkan.
Irfan Faruqi
Wed Mar 27 2024
Noor Azlan berkata peranan menyelia persaingan pembekal petrol ini perlu menjadi tanggungjawab Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). - foto/BERNAMA
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Harga petrol, diesel kekal hingga 22 Mei
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Mei ini.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 2 Mei hingga 8 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 4 hingga 10 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 April ini.
Pastikan persaingan saksama sebelum apung harga petrol - Pengarah MINDA-UKM
Kerajaan perlu memastikan persekitaran persaingan adalah saksama terlebih dahulu sebelum mengapungkan harga petrol.
Harga runcit petrol, diesel kekal bagi tempoh 21-27 Mac
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Mac 2024.
Harga petrol, diesel kekal hingga 13 Mac
Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Harga petrol, diesel kekal hingga 28 Feb
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai esok hingga 28 Feb ini.