KUALA LUMPUR: Hipertiroidisme, salah satu penyakit tiroid, merupakan penyakit endokrin kedua yang paling sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia, menurut Perunding Pakar Bedah Payudara dan Endokrin Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) Dr Wong Mei Wan.
Beliau berkata hipertiroidisme terjadi akibat pengeluaran hormon yang berlebihan dengan masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Sementara hipotiroidisme, satu lagi penyakit tiroid berpunca daripada kekurangan pengeluaran hormon dan menunjukkan gejala seperti keletihan, penambahan berat badan dan sering mengalami kelesuan.
"Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan hipertiroidisme. Ia merangkumi penyakit autoimun seperti penyakit Graves hinggalah kepada tiroiditis yang berpunca daripada pengambilan iodin secara berlebihan.
"Sebaliknya, hipotiroidisme boleh berlaku akibat pembedahan yang dilakukan untuk mengeluarkan kelenjar tiroid. Faktor genetik juga boleh menyumbang kepada beberapa masalah tiroid," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Dr Wong, apa yang paling membimbangkan mengenai gejala hipertiroidisme ialah ia boleh menyerupai masalah kesihatan biasa, sekali gus menjadikan banyak kes hipertiroidisme tidak dikenal pasti dan dirawat.
Beliau berkata berdasarkan kajian yang dibuat baru-baru ini, terdapat kira-kira 50 peratus individu yang menghidap penyakit tiroid tidak didiagnosis.
"Memandangkan gejala hipertiroidisme dan hipotiroidisme sukar dibezakan sama ada ia kejadian yang biasa atau akibat ketidakseimbangan hormon, maka adalah penting untuk seseorang itu mendapatkan bantuan sekiranya mereka mengalami gejala ini.
"Lebih-lebih lagi untuk hipertiroidisme kerana ia boleh menjurus kepada masalah kesihatan yang serius, malah boleh mengundang maut," katanya.
Bagi mendiagnosis penyakit tiroid katanya, pengamal penjagaan kesihatan profesional kebiasaannya akan melakukan ujian fungsi tiroid iaitu ujian darah untuk menilai paras hormon.
"Gejala tiroid sama ada hiper atau hipo selalunya tidak spesifik sehingga menyebabkan ia boleh disalah tafsir. Sekiranya anda mempunyai gejala yang berterusan selama lebih dari sebulan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar penjagaan kesihatan dan melakukan ujian fungsi tiroid iaitu ujian darah," katanya.
Dr Wong berkata pesakit disarankan untuk menjalani imbasan ultrabunyi jika disyaki terdapat nodul atau kejanggalan pada fungsi tiroid.
Mengenai rawatan untuk penyakit tiroid, beliau berkata ia berbeza bergantung kepada jenis dan tahap keparahan gangguan tiroid.
Menurutnya ubat-ubatan biasanya diberikan untuk mengawal paras hormon.
Beliau turut menekankan kepentingan melakukan pemantauan menerusi ujian darah secara berkala, terutamanya bagi mereka yang sedang menjalani rawatan bagi memastikan kestabilan fungsi tiroid.
"Kesedaran mengenai kesihatan tiroid adalah komponen penting untuk mengekalkan kesejahteraan kesihatan secara keseluruhan.
"Dengan kompleksiti gangguan tiroid, adalah wajar untuk menjalani pemeriksaan berkala, meningkatkan kesedaran terhadap gejala dan melakukan intervensi awal yang dapat memberikan perubahan signifikan terhadap kesihatan tiroid yang optimum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan. - Gambar hiasan
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.