Astro Publication
Tue Aug 25 2015
Serentak dengan pelancaran kedua-dua model tambahan Megane R.S., TC Euro Cars juga mengumumkan bermulanya penjualan kereta elektrik sepenuhnya, Renault Twizy.
Sebuah kereta yang sememangnya boleh dipandu dan cukup mudah untuk digunakan, sifar emisi dan pencemaran, Renault Twizy dilihat cukup sesuai bagi pelbagai jenis mobiliti urban baharu. Antaranya termasuklah berkongsi kereta, pengangkutan, untuk kegunaan peribadi atau pelancongan, produk-produk pembangunan bandar baru malah digunakan bagi menghantar barangan kepada pelanggan.
Dimensi Renault Twizy hanya besar sedikit berbanding skuter tiga roda. Hanya sepanjang 2.34 meter dan dengan lebar 1.23 meter, ia mudah untuk bergerak di kawasan bandar. Dengan 450kg, berat Twizy hanya separuh berbanding sebuah kereta biasa.
Motor elektrik itu mampu menjana kuasa maksimum 13kW dan tork 57Nm, membolehkan Twizy mencatat kelajuan maksimum sehingga 80km/j.
Bateri lithium-ion berkuasa 6.1kWh diletakkan di bahagian bawah tempat duduk hadapan. Di bahagian hujung hadapan Renault Twizy, terdapat satu ruang kecil yang menempatkan kabel mengecas. Kabel itu perlu disambungkan dengan mana-mana outlet berkuasa 230V/240V. Cas penuh hanya mengambil masa selama tiga jam setengah sahaja yang cukup untuk pemanduan sejauh 100km.
Ada dua varian Twizy ini: Urban dan Kargo. Varian Urban membolehkan pemandu membawa penumpang yang duduk dibelakang. Kargo pula hanya untuk membawa seorang pemandu, dan ruang dibelakang menjadi ruang untuk barangan. Ia kedap air dan berkapasiti 180 liter.
Renault Twizy ini ditawarkan pada harga RM71,888.00 untuk varian Urban dan RM73,888.00 bagi Kargo (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans) untuk pendaftaran peribadi.
Di peringkat global, Renault telah menjual 15,000 unit Twizy (sehingga April 2015) dan 250,000 kenderaan elektrik (sehingga Jun 2015).
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Hyundai keluarkan imej-imej rasmi pertama Ioniq
Maklumat ringkas varian hibrid dijelaskan, termasuk output 104hp (enjin) dan 46hp (motor elektrik). Pengendalian juga dipentingkan
Hyundai Motor paparkan lakaran luar serta kabin Ioniq
Kereta dengan tiga pilihan sumber kuasa pacuan ini bakal berentap dengan model-model seperti Leaf dan Prius
Arah terkini teknologi stesen cas kenderaan EV dan senibina
Pengguna kenderaan EV tidak perlu lagi bersusah-payah dengan wayar. Kan elok jika semuanya dilakukan ‘wireless’?
Pastinya kenderaan paling unik di atas jalan raya – Renault Twizy
TC Euro Cars mula menjual kenderaan elektrik (EV) ini dengan harga bermula RM71,888. Berminat? Mestilah!