awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang
Cuti sekolah : AKPS ambil langkah proaktif tangani kesesakan di ICQS Rantau Panjang
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pastor OKU warga Korea Selatan didakwa cabul lelaki 20 tahun lepas

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/02/2021
09:04 MYT
Pastor OKU warga Korea Selatan didakwa cabul lelaki 20 tahun lepas
Pada 18 Disember tahun lepas, Jong-hoon (tengah) turut dituduh di Mahkamah Majistret Butterworth atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki pada 2013 dan 2017. - Foto Astro AWANI
GEORGE TOWN:Seorang pastor warga Korea Selatan didakwa di Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang lelaki 20 tahun lepas.
Bagaimanapun Jee Jong-hoon, 54 tahun, yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran dan bisu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh penterjemah bahasa isyarat antarabangsa di hadapan Majistret Rosnee Mohd. Ridzuan.
Mengikut pertuduhan, Jong-hoon didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang lelaki yang berusia 20 tahun ketika kejadian dengan cara menyentuh kemaluan, memeluk, mencium pipi dan bibir dengan niat mencabul kehormatannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Lorong Delima 3, Gelugor pada tahun 2000.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
BACA: Pastor OKU warga Korea Selatan didakwa sekali lagi kes cabul
Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM6,000 serta seorang penjamin warga tempatan.
Kes disebut semula 15 Mac depan untuk penyerahan dokumen.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam Sobini Kobu.
Pada 18 Disember tahun lepas, Jong-hoon turut dituduh di Mahkamah Majistret Butterworth atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki pada 2013 dan 2017.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Pastor OKU
#pastor warga Korea
#dituduh cabul lelaki
#George Town
#Mahkamah Majistret
#pulau pinang
#bisu
#kurang pendengaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan