Sebuah pasukan petugas khas terdiri daripada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia telah ditubuhkan bagi menangani isu pengambilan pekerja asing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pasukan petugas itu diberi tempoh 30 hari untuk menyelesaikan isu tersebut, yang disuarakan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) pada dialog meja bulat di sini hari ini.
"Saya telah menegaskan bahawa kami perlu mempunyai satu rancangan jangka panjang yang memberi keutamaan kepada tenaga kerja tempatan, program automasi serta program latihan pekerja mahir dan separa mahir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan pertemuan itu.
Beliau berkata sesi meja bulat itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk melibatkan diri secara langsung dengan persatuan perniagaan tentang pelbagai isu, demi manfaat semua pihak.
Kata beliau, setakat 31 Jan, terdapat 1.8 juta pekerja asing yang diambil berkhidmat dalam sektor pekerjaan yang diluluskan kerajaan.
Ahmad Zahid berkata pada sesi meja bulat itu, beliau menegaskan tentang perlunya penggiat industri memahami rasional di sebalik dasar kerajaan berhubung pekerja asing.
Beliau juga menggesa pihak industri supaya berganding bahu dengan kerajaan dalam melaksanakan dasar berkenaan.
"Kerajaan, terutama melalui Kementerian Dalam Negeri, menghargai input serta maklum balas daripada masyarakat peniaga berhubung pekerja asing serta isu yang mempunyai kaitan dengannya," kata beliau.
Pendekatan libat sama dengan pemegang taruh mencerminkan secara jelas komitmen kerajaan untuk menggubal dan melaksanakan dasar bersifat inklusif serta amat bermanfaat bagi semua pihak, terutama seluruh rakyat Malaysia dalam memastikan wujudnya pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi dan kemakmuran yang dikongsi bersama.
Sebelum berlangsungnya sesi meja bulat itu, Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat barisan kepimpinan kanan NCCIM diketuai presidennya, Datuk Ter Leong Yap.
NCCIM dianggotai persatuan perniagaan utama termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) dan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017
TPM: Sebuah pasukan petugas khas terdiri daripada KDN dan MOHR telah ditubuhkan bagi menangani isu pengambilan pekerja asing. - fotoBERNAMA
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Dakwaan simpan jenazah bayi: Hospital swasta disiasat - Dr Dzulkefly
KKM menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal membayar bil.
KKDW akan manfaat dana RM11 bilion untuk teliti kesan mobiliti sosial
Perpindahan penduduk ke kawasan berbeza mempunyai kesan sosialnya tersendiri.
Hala tuju kerjasama UMNO akan dibincang dalam MT parti - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama.
Zahid nafi serah dokumen mahkamah kepada Tun M
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau menyerahkan dokumen mahkamah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan Isnin, 23 Mac lal
Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.
Kemenangan BN di Kimanis bukti kesinambungan kepercayaan pengundi - Zahid
Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin adalah kesinambungan kepercayaan pengundi di parlimen itu terhadap parti ini.
UMNO mahu tawan semula Sabah - Zahid Hamidi
UMNO akan membuat tawaran baharu dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama sebagai persiapan menawan semula negeri Sabah.
Zahid didakwa atas pertuduhan rasuah pagi ini
Zahid akan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan.
'You're still my president' - KJ doa kesejahteraan Zahid
Khairy menerusi perkongsian di Instagram berkata, "I know Im hard on you, but youre still my President, sir."
PAU2017: Saya tidak campur tangan soal usul jawatan presiden, timbalan presiden - PM Najib
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak campur tangan dalam soal usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Anggota Rela disogok diminta lapor SPRM - TPM
Tiga anggota Rela diminta membuat laporan kepada SPRM selepas didakwa disogok oleh lelaki bergelar Datuk Seri.