awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup

Kenyataan Media
Kenyataan Media
24/11/2024
11:20 MYT
Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Pasukan Malaysia meraih pencapaian luar biasa dalam kejohanan ICU Cheerleading World Cup di Korea Selatan apabila Pasukan Remaja negara merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut. - Foto Team Malaysia
KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia meraih pencapaian luar biasa dalam kejohanan ICU Cheerleading World Cup di Korea Selatan apabila Pasukan Remaja negara merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
Lebih membanggakan, Pasukan Senior pula memperoleh tempat kedua selepas kedua-dua pasukan mempamerkan bakat, daya tahan dan keazaman yang luar biasa di pentas antarabangsa.
Pasukan Remaja, terdiri daripada 19 atlet berusia 15-19, mempersembahkan rutin sempurna dan memperoleh pingat emas, mengatasi pesaing terdekat dari China.
Pasukan Senior, terdiri daripada 20 atlet berusia 19-34 memberikan persembahan membanggakan untuk meraih perak, menamatkan saingan di belakang Chinese Taipei.
Kejayaan itu dicapai di sebalik pasukan bergelut dengan kecederaan menimpa atlet dan jurulatih, memaksa perubahan saat akhir kepada rutin mereka.
Lim Chin Hau, Presiden Cheerleading Association and Register of Malaysia (CHARM) menzahirkan penghargaan terhadap sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak.
“Kemenangan ini tidak mungkin dicapai tanpa dedikasi atlet, jurulatih, dan sokongan luar biasa daripada penaja kami.
“Kami amat berterima kasih kepada semua penaja kami atas kepercayaan mereka terhadap Team Malaysia, serta ibu bapa dan penyokong yang menyokong kami sepanjang perjalanan ini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Topic Berkaitan
#ICU
#Korea Selatan
#cheerleading
#team malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan