awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan SAR guna bot sonar, dron cari helikopter - Polis

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
08/05/2016
05:56 MYT
Pasukan SAR guna bot sonar, dron cari helikopter - Polis
SABTU: Pencarian akan diteruskan sehingga rangka helikopter dan mangsa keenam ditemui. - Foto Astro AWANI / Hafiz Marzukhi
Pasukan mencari dan menyelamat rangka helikopter serta mangsa terakhir dalam tragedi nahas helikopter RPC 6828 yang terhempas berhampiran Sungai Batang Lupar di Sebuyau meningkatkan usaha mereka dengan penggunaan bot sonar serta peralatan dron.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Sabtu Osman memaklumkan kedua-dua aset tersebut telah digerakkan sejak awal pagi tadi.
"Bot sonar merupakan aset dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) manakala dron pula adalah dari Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)," katanya dalam satu sidang media di Pusat Operasi Pencarian di Lingga.
Selain itu, pasukan pencarian juga menilai kemungkinan penggunaan pukat untuk membantu dalam usaha pencarian.
LAPOR LANGSUNG: Operasi SAR memasuki hari keempat
"Namun, buat masa ini, tiada keputusan lagi dibuat berhubung penggunaan pukat tersebut," jelas Sabtu.
Tambahnya, pasukan pencarian sudah membuat analisa kemungkinan lokasi pencarian dan akan menggunakan segala aset yang ada untuk meneruskan usaha pencarian.
"Buat masa ini, tiada titik noktah untuk operasi ini.
"Pencarian akan diteruskan sehingga rangka helikopter dan mangsa keenam ditemui," kata Sabtu.
BACA: Beg galas merah antara 3 serpihan dijumpai
VIDEO: Dua mangsa nahas RPC 6828 selamat disemadikan
BACA: Alat pengesan logam, penyelam bantu cari badan helikopter
Sehingga kini lima mayat sudah ditemui dalam tragedi helikopter itu pada Khamis lepas sementara pencarian seorang lagi mangsa iaitu juruterbang Rudolf Rex Ragas diteruskan pagi ini.
Helikopter itu berlepas dari Betong menghala ke Kuching pada 4.12 petang sebelum terputus hubungan dan hilang tidak lama kemudian.
Topic Berkaitan
#Betong
#helikopter hilang
#Kuching
#Polis Sarawak
#Sabtu Osman
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan