TANGGAL 31 Ogos 2020 yang baru sahaja berlalu merupakan bukti kegemilangan Malaysia yang telah memasuki 63 tahun usianya dengan menggunakan acuannya yang tersendiri.
Tambahan pula, kita bakal menempuh suatu peristiwa bersejarah buat negara dengan meraikan ulang tahun ke-57 penubuhan Malaysia.
Usia sedemikian menuntut rakyat Malaysia terutamanya golongan belia untuk mendukung janji diri untuk menjadi lebih matang dan beridentitikan Malaysia.
Janji diri golongan belia yang dimaksudkan adalah belia yang memiliki pemahaman yang jelas tentang jati diri terhadap kesedaran budaya, agama dan sahsiah kenegaraan.
Kepelbagaian etnik, budaya dan agama memperlihatkan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang menuntut penghayatan generasi muda agar mereka menyanjung tinggi identiti mereka sebagai rakyat Malaysia.
Jika dilihat daripada komposisi belia di Malaysia, merujuk statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada suku pertama 2020, jumlah penduduk yang berumur antara 15 hingga 30 tahun adalah dianggarkan seramai 9.2 juta yang mewakili 27.8 peratus daripada keseluruhan 32.7 juta penduduk Malaysia.
Walaubagaimanapun, merujuk kepada kajian Indeks Belia Malaysia (IBM) dari tahun 2015 hingga 2019 mendapati tahap patriotisme dalam kalangan belia masih berada di tahap yang sederhana.
Walaupun di tahap sederhana, bacaan indeks berkenaan adalah rendah dan hampir memasuki indikator kepada kurang memuaskan.
Berdasarkan tinjauan melalui bahan audiovisual yang diperolehi dari media sosial sejak awal tahun 2020 ketika bermulanya krisis politik dan peralihan kerajaan, mendapati terdapat unsur-unsur memperlekehkan peranan institusi beraja untuk memulihkan ketegangan politik baik di peringkat persekutuan dan negeri dalam kalangan pengguna media sosial.
Mengenang 50 tahun pembentukan Rukun Negara yang selama ini menjadi citra perpaduan dan payung kepada nilai patriotisme, persoalannya bagaimana golongan belia perlu mengubah persepsi yang menjadi kebiasaan dengan menganggap kita telah memiliki rasa sayang kepada negara kepada mendukung janji diri dengan kesetiaan untuk mencintai negara yang perlu dibiasakan?
Antara komponen penting yang menceritakan perihal sejarah dan citra masa depan negara bemula daripada lima prinsip Rukun Negara.
Semestinya hal sedemikian menjadi cabaran buat ibu bapa, pendidik dan golongan dewasa untuk membimbing generasi muda dengan pengukuhan jati diri terhadap kesedaran berbangsa sebagai simbol patriotisme, nilai kesetiaan dan rasa cinta akan negara.
Kini adalah masa yang sesuai untuk kesemua pemegang taruh yang berkaitan belia termasuk penggerak kerja belia untuk bergandingan bagi membina satu kefahaman yang meluas untuk memakmurkan kesejahteraan rakyat serta identiti belia menerusi penghayatan terhadap Rukun Negara.
Kajian yang dilakukan penulis dan pasukan penyelidik UPM mendapati golongan belia awal yang berumur antara 15 hingga 18 tahun adalah fasa dalam mencari identiti.
Penekanan kepada penghayatan Rukun Negara diperingkat awal ini penting sebagai usaha pengukuhan janji diri golongan belia yang beridentiti untuk memupuk nilai saling memahami antara satu sama lain dalam usaha memperkasa semangat bernegara.
Dalam menempuh fasa pasca pandemik COVID-19, golongan belia perlu mempersiapkan diri dalam menempuh cabaran utama yang merangkumi cabaran dari sudut ekonomi, sosial, teknologi, pendidikan, kesihatan dan politik.
Berhadapan dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu serta limitasi untuk mendapatkan akses makumat kepada belia yang tinggal di pedalaman, semestinya golongan belia menghadapi cabaran untuk memperhebat penguasaan teknologi dalam mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan selain daripada pembangunan profesionalisme dalam bidang pengetahuan dan kerjaya yang diceburi.
Cabaran yang dihadapi golongan belia dalam menunaikan janji diri memerlukan usaha untuk peningkatan kemahiran, memperkasa semula kemahiran dan menyilangkan kemahiran supaya golongan belia lebih versatil dan mampu untuk berdaya saing dalam situasi yang mencabar pada hari ini dengan dokongan pelbagai insentif berterusan kerajaan dan peranan yang dimainkan oleh gologan dewasa selain dibimbing oleh tekno-usahawan melalui hub keusahawanan belia.
Pada masa yang sama, corak pendidikan pada hari ini perlu lebih terbuka dengan membawa realiti sebenar ke dalam pengajaran dan pembelajaran misalnya melalui perbincangan kajian kes, pembelajaran berasaskan masalah atau berorentasikan projek sebagai pendedahan kepada generasi muda.
Pendekatan ini perlu diperluaskan bagi menyemarakkan semangat juang dan daya saing yang sihat terutamanya kepada golongan belia awal dan belia pertengahan yang berusia antara 18 hingga 24 tahun yang kebanyakannya berada di alam persekolahan dan pendidikan tinggi.
Selain itu, pendedahan golongan belia kepada kerja sukarela dapat membentuk nilai keprihatinan dan jati diri selain mengasah kemahiran insaniah mereka terutamanya kemahiran komunikasi dan keyakinan diri agar golongan belia mampu untuk berdikari dengan mengekalkan identiti belia positif dalam mengharungi cabaran.
Seterusnya adalah kepentingan kepada pengukuhan institusi keagamaan, kesetiaan golongan belia kepada institusi beraja, pengukuhan institusi kekeluargaan dan kesopanan hidup bermasyarakat sebagai asas peradaban dalam kehidupan seharian.
Sudah sampai masanya golongan belia tidak tenggelam dalam suasana, sebaliknya golongan belia yang mengawal suasana dengan mendokong janji diri sebagai belia yang memiliki identiti dan hala tuju.
Kesimpulannya, sekiranya kelima-lima elemen dalam Rukun Negara dihayati oleh golongan belia, semestinya ia akan menentukan kejayaan Malaysia yang lebih cemerlang, negara yang memiliki identiti dan semangat toleransi yang tinggi yang merupakan asas kepada kesejahteraan negara.
* Penulis adalah Pensyarah Kanan (Pembangunan Belia), Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
** Kenyataan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Mohd Mursyid Arshad
Thu Sep 10 2020
Ini masa yang sesuai untuk semua pemegang taruh yang berkaitan belia untuk bergandingan bagi membina satu kefahaman yang meluas dalam memakmurkan kesejahteraan rakyat serta identiti belia menerusi penghayatan terhadap Rukun Negara. - Gambar hiasan
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL beroperasi 4 pagi, 31 Ogos
Semua operasi rel merangkumi tren LRT, MRT dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.
Menghayati roh kemerdekaan dan memaknai Hari Malaysia: Membebaskan minda, jiwa dan raga
31 Ogos merupakan tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sangat memahami makna, nilai dan harga sebuah kemerdekaan.
Putrajaya bergemerlapan, sambutan Ambang Merdeka 2022 meriah
Sejak dari jam 8.30 malam, orang ramai sudah mula berkumpul dan jumlahnya lebih ramai apabila melepasi jam 10 malam.
Patrotisme belia: Mendukung janji diri
Janji diri golongan belia yang dimaksudkan adalah belia yang memiliki pemahaman yang jelas tentang jati diri terhadap kesedaran budaya, agama dan sahsiah kenegaraan.
PM umum minggu ini status PKPP - Ismail Sabri
Sama ada PKPP akan disambung atau tidak, beliau akan umumkan, kata Ismail Sabri pada sidang media perkembangan PKPP di bangunan Parlimen.
Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian
Idea bijak!
Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan
Jelasnya, masa tayangan filem patriotik pada tarikh keramat itu sangat penting dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.
Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tidak harus dipertikai - Timbalan Ketua Menteri Sabah
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew menyifatkan bahawa 'kontroversi panas' mengenai sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Kenyataan 'Sarawak tak perlu rai 31 Ogos' boleh bawa perpecahan
Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat kenyataan Tan Sri James Jemut Masing boleh membawa kepada perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.
'31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaya, tiada kaitan dengan Sarawak' - James Masing
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Masing hari ini menegaskan tarikh 31 Ogos tiada kena mengena dengan Sarawak.