awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Austria berhasrat perluas kerjasama dengan Malaysia - Duta
Pahang peruntuk RM9 juta menerusi inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2026 - MB
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 kes baharu virus Nipah di Kerala, India

Bernama
Bernama
05/07/2025
23:15 MYT
2 kes baharu virus Nipah di Kerala, India
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan virus Nipah merupakan zoonosis baharu yang menyebabkan penyakit teruk dalam kalangan haiwan dan manusia. - Foto X/BEACON
NEW DELHI: Dua kes baharu virus Nipah dilaporkan di negeri Kerala, selatan India, menurut penyiar kerajaan All India Radio pada Sabtu.
Menurut pegawai, virus berbahaya itu telah meragut nyawa seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, manakala seorang wanita berusia 38 tahun yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sedang menerima rawatan di hospital, lapor Xinhua.
Pegawai memaklumkan sampel kedua-dua pesakit disahkan positif di Institut Virologi Kebangsaan pada Jumaat.
Remaja itu dibawa ke Kozhikode dari sebuah hospital swasta di Kottakkal dengan demam panas dan muntah yang teruk. Menurut doktor, beliau didapati mati otak ketika tiba di hospital.
Wanita berkenaan pula mengalami demam hampir 20 hari lepas dan telah mendapatkan rawatan di dua tempat.
Kembalinya kes jangkitan Nipah ini telah menimbulkan kebimbangan baharu dalam kalangan pegawai kesihatan negeri itu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan virus Nipah merupakan zoonosis baharu yang menyebabkan penyakit teruk dalam kalangan haiwan dan manusia.
Jangkitan dalam kalangan manusia biasanya menunjukkan gejala sindrom ensefalitis yang dicirikan dengan demam, sakit kepala, mengantuk, kekeliruan mental dan koma, yang boleh membawa maut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#virus Nipah
#kes kematian
#demam
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan