awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chelsea sahkan pembelian pemain sayap Jamie Gittens dari Dortmund

Bernama
Bernama
05/07/2025
23:30 MYT
Chelsea sahkan pembelian pemain sayap Jamie Gittens dari Dortmund
Pemain sayap itu menandatangani kontrak selama tujuh tahun bersama The Blues tetapi tidak layak untuk beraksi dalam baki kempen Piala Dunia Kelab mereka. - Foto X/Fabrizio Romano
LONDON: Chelsea mengumumkan telah melengkapkan pembelian Jamie Gittens daripada Borussia Dortmund dengan kontrak sehingga 2032 pada nilai dilaporkan sebanyak GBP55 juta (AS$75 juta), lapor PA Media/dpa.
Pemain sayap itu menandatangani kontrak selama tujuh tahun bersama The Blues tetapi tidak layak untuk beraksi dalam baki kempen Piala Dunia Kelab mereka kerana telah beraksi bersama kelab Jerman itu sebelum ini.
Gittens telah membuat 76 penampilan Bundesliga bersama Dortmund dengan menjaringkan 12 gol dan turut beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara mereka.
"Ia satu perasaan yang hebat," kata Gittens kepada laman sesawang Chelsea.
"Ia satu perasaan yang luar biasa untuk menyertai kelab besar seperti Chelsea.
"Saya tidak sabar untuk belajar daripada semua orang dalam pasukan dan memacu diri saya ke tahap maksimum di sini. Ia satu perasaan yang menakjubkan," katanya.
Gittens merupakan produk akademi Manchester City dan akan bermain bersama rakan lepasan akademi yang sama seperti Cole Palmer, Romeo Lavia, Delap dan Tosin Adarabioyo di Stamford Bridge.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jamie Gittens
#Chelsea
#Borussia Dortmund
#pembelian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan