KUALA LUMPUR: "Pengorbanan kita dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan perkara di luar kebiasaan. Itulah pengorbanan. Kita harus menyambut Aidiladha dengan patuh kepada SOP yang ditetapkan kerajaan.
"Elakkan sekali-kali daripada menyanggahi ketetapan kerajaan seperti had maksimum solat, had maksimum petugas korban dan sebagainya, " demikian tegas Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang Abu Mansur Maturidi Mohd Romli ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Menurut beliau, kesabaran adalah hikmah terbesar dalam pengorbanan dan semakin ramai yang hilang sabar apabila perlu berkorban.
"Meningkatkan ketaatan kepada Allah dalam segala aspek ialah pengorbanan terbesar setiap hamba Allah," katanya.
Dengan merujuk kepada pandemik COVID-19 yang masih berlarutan di Malaysia dan juga seluruh dunia, beliau menambah, tempoh krisis kesihatan yang sedang dialami ini sebenarnya juga menguji sejauhmana pengorbanan setiap individu dalam berhadapan dengan saat sukar ini.
Ini adalah kali kedua umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban dalam suasana pandemik COVID-19 dan perlu akur dengan SOP yang ditetapkan kerajaan.
Bercakap mengenai ibadah korban, Abu Mansur Maturidi berkata, ibadah korban ini disunatkan kepada orang-orang yang berkemampuan atau orang-orang yang ada lebihan dalam kehidupan harian sebagai menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT.
"Aidiladha atau hari raya korban memperingatkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia disambut bagi menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Dalam ertikata lain, ketaatan kepada Allah memerlukan pengorbanan," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Abu Mansur Maturidi berkata jika sebelum ini (sebelum pandemik COVID-19), ibadah korban disambut dengan kadar "asal boleh", namun dengan penularan virus berkenaan, dapat dilihat ibadah korban dilaksanakan lebih teratur.
"Lebih teratur dengan keperluan perancangan dan pelaksanaan agar mematuhi SOP ibadah. Sepertimana hari raya Aidilfitri, hari raya haji ini juga perlu diraikan dalam suasana sederhana. Apabila disambut secara sederhana ia akan menimbulkan kerendahan jiwa kita berbanding kita menyambut dalam keadaan serba seronok dan meriah," katanya.
Kehadiran virus COVID-19 turut menguji keimanan dan kesetiaan umat manusia dalam mengharungi kehidupan. Begitu juga yang dialami oleh seorang pengusaha lembu dari Pulau Pinang, Mohamad Nasir Awang, 44, yang reda dengan ujian dalam menjalankan perniagaan ladang lembu.
Mengakui pada tahun ini tempahan lembu untuk ibadah korban semakin menurun berbanding tahun 2020, beliau akur dan berlapang dada dengan seadanya rezeki yang diberikan.
"Ya pada tahun ini jualan lembu semakin berkurang lagi jika hendak dibandingkan dengan tahun lepas. Tahun ini tempahan lembu hanya 30 ekor sahaja berbanding tahun lepas sebanyak 50 ekor lembu yang dikorbankan untuk hari raya haji," katanya kepada Bernama.
Bagi Mohamad Nasir, pengurangan jualan lembu tersebut disebabkan faktor kes COVID-19 yang semakin meningkat serta penyembelihan lembu juga perlu dibuat mengikut SOP yang lebih ketat antaranya hanya lima ekor sahaja lembu dibenarkan sehari selain bilangan petugas yang dihadkan.
Bagi ibadah korban tahun ini kerajaan menetapkan syarat bahawa ibadah korban dibenarkan bermula pada hari raya Aidiladha dan tiga hari Tasyrik,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan berkata, aktiviti menyembelih haiwan korban boleh dimulakan bermula pukul 6 pagi hingga 6 petang sahaja dengan had kehadiran tidak melebihi 10 orang termasuk petugas.
Di samping itu, hanya 27 buah rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dibenar menjalankan proses penyembelihan.
Biarpun jualan mencatat penurunan, Mohamad Nasir yang mengusahakan ladang lembu sejak tahun 2005 di Machang Bubok, Pulau Pinang dengan dibantu oleh isteri serta tiga anaknya berusia antara 12 hingga 16 tahun tetap bersyukur kerana masih lagi menerima tempahan lembu sewaktu negara dilanda pandemik.
Sebelum pandemik COVID-19, beliau pernah mendapat tempahan sehingga sebanyak 70 ekor lembu.
Menurut beliau, pada tahun ini harga lembu yang dijual bermula dari harga RM5,500 hingga RM8,000 bergantung kepada jenis baka lembu.
Kebanyakan tempahan lembu yang diterima bagi perayaaan kali ini adalah lembu jenis Kedah-Kelantan (KK) dan Brahman.
Berkongsi pembabitannya dalam perusahaan ladang lembu, Mohamad Nasir yang juga kontraktor perumahan itu berkata, beliau bermula dengan dari 4 ekor lembu pada tahun 2005 dan kini memiliki 100 ekor lembu dari pelbagai jenis baka iaitu baka Brahman, Belgian Blue, Charolais dan Bega yang diusahakan sendiri tanpa mengambil pekerja.
Menzahirkan harapan agar pandemik COVID-19 segera berakhir, Mohamad Nasir berharap penjualan lembunya akan kembali seperti sebelum koronavirus maut itu melanda negara ini.
Di samping menjual lembu bagi ibadah hari raya haji, beliau turut menjalankan perniagaan menjual daging lembu pada hari biasa dengan harga sekilogram RM36.
"Alhamdulillah, untuk perayaan Aidiladha tahun ini tempahan yang diterima mencecah 300 kilogram, " katanya.
Ibadah korban ialah satu amalan yang utama yang berstatus sunat muakkad iaitu sunat yang sangat di tuntut (digalakkan).
Tahun 2021 ni menyaksikan umat Islam di bumi Malaysia akan menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha dengan suasana penuh sederhana apatah lagi negara masih berdepan situasi pandemik COVID-19.
Bertepatan dengan penghayatan pengorbanan yang amat sinonim dengan sambutan Aidiladha, umat Islam dituntut untuk sentiasa menginsafi diri serta menghayati erti pengorbanan sebaiknya.
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban juga Hari Raya Haji merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Perayaan ini merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.
Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah dimana semua waktu ini dipanggil Hari Tasyrik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021
Ibadah korban ialah satu amalan yang utama yang berstatus sunat muakkad iaitu sunat yang sangat di tuntut (digalakkan). - Foto fail/BERNAMA
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.