awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patuh syariah bukan pada pakaian dan makan minum sahaja - Shabery

Israr Khalid
Israr Khalid
09/04/2016
14:59 MYT
Patuh syariah bukan pada pakaian dan makan minum sahaja - Shabery
Ahmad Shabery menekankan patuh syariah juga harus menitikberatkan perkara-perkara lain yang melibatkan kepuasan dan keselesaan pelanggan. -Gambar fail
Perkhidmatan patuh syariah tidak hanya tertakluk kepada pemakaian, makanan dan minumannya, jelas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Ahmad Shabery menekankan patuh syariah juga harus menitikberatkan perkara-perkara lain yang melibatkan kepuasan dan keselesaan pelanggan.
"Yang lebih sukar dalam mematuhi syariah bukan sekadar pakaian dan makan minumnya tetapi ketepatan waktu, efisien, mematuhi janji dan memberi perkhidmatan yang lebih baik dari yang lain. Semoga berjaya," kata Shabery dalam postingnya yang turut disertakan gambar kakitangan serta pesawat Rayani Air.
Yang lebih sukar dalam mematuhi syariah bukan sekadar pakaian dan makan-minumnya, tetapi ketepatan waktu, efisien, mematuhi janji dan memberi perkhidmatan yg lebih baik dari yg lain...Semoga berjaya!
Posted by Shabery Cheek on Friday, April 8, 2016
Hari ini, syarikat penerbangan yang dikatakan patuh syariah pertama di Malaysia itu menerusi Facebook mengumumkan pemberhentian operasinya buat sementara waktu bermula 8 April bagi menyelenggara semula pengurusan syarikat.
Rayani Air juga merupakan syarikat penerbangan keempat dunia selepas Royal Brunei Airlines, Saudi Arabian Airlines dan Iran Air yang menawarkan perkhidmatan dengan kru kabin menutup aurat serta menyajikan makanan halal dan bebas alkohol.
Sejak penerbangan sulungnya pada 20 Disember 2015, Rayani Air kerap kali mendapat aduan daripada pelanggan berhubung perkhidmatannya yang dikatakan tidak efisien dan sering menimbulkan kesulitan.
Topic Berkaitan
#industri asas tani
#patuh syariah pertama
#pemberhentian operasi
#Rayani Air
#Shabery Cheek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan