awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patuhi peraturan ketika sertai perhimpunan aman - Polis

Bernama
Bernama
24/10/2023
04:30 MYT
Patuhi peraturan ketika sertai perhimpunan aman - Polis
Allaudeen berkata polis akan melaksanakan operasi lalu lintas di sekitar ibu negara bagi memastikan orang ramai patuh terhadap peraturan jalan raya. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya ketika menyertai perhimpunan aman di ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya mendapati terdapat individu mengibar dan membawa sepanduk sambil menaiki motosikal yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.
"Tindakan membawa dan mengibarkan sepanduk semasa menaiki motosikal adalah perbuatan menyalahi undang-undang kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) di sini hari ini.
Beliau berkata polis akan melaksanakan operasi lalu lintas di sekitar ibu negara bagi memastikan orang ramai patuh terhadap peraturan jalan raya.
Dalam pada itu, Allaudeen berkata polis telah bersedia dalam memastikan kelancaran Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini.
Himpunan dikelolakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Malaysia (GPM) selaku penganjur utama itu dijangka bermula 7.30 hingga 10.30 malam dan melibatkan lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat khas pada perhimpunan itu yang bertujuan menunjukkan tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Aman
#patuhi peraturan
#Allaudeen Abdul Majid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan