awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patuhi SOP keselamatan bilik kebal, stor simpanan senjata api - Khalid

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2016
06:18 MYT
Patuhi SOP keselamatan bilik kebal, stor simpanan senjata api - Khalid
Tan Sri Datuk Sri Khalid Abu Bakar berharap agar kesemua 235 Agensi Polis Bantuan dapat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan keselamatan bilik kebal atau stor penyimpanan senjata api. - Gambar BERNAMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Sri Khalid Abu Bakar berharap agar kesemua 235 Agensi Polis Bantuan dapat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan keselamatan bilik kebal atau stor penyimpanan senjata api.
Keselamatan penyimpanan senjata api merupakan aspek penting yang perlu diawasi kerana selain tempat awam, anggota polis termasuk polis bantuan juga boleh menjadi sasaran pengikut kumpulan pengganas (Daish).
“Kita tahu bahawa kumpulan Daish ini mensasarkan untuk melancarkan serangan bukan sahaja di tempat awam malah kepada anggota polis, termasuk polis bantuan.
“Polis bantuan juga dinasihatkan supaya berhati-hati kerana mereka juga boleh dijadikan sasaran termasuk tempat simpanan senjata api yang diberi keutamaan dalam memastikan keselamatan senjata api tidak tergugat dan tidak jatuh kepada musuh-musuh seperti penyokong Daish,” jelas Khalid dalam sidang media pada Persidangan Polis Bantuan ke-28 di Senai, Johor.
Sehubungan itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengatur beberapa pasukan Naziran dari Unit Perlesenan Senjata Api, untuk turun padang dan memantu serta menilai tahap keselamatan dan pematuhan terhadap penggunaan senjata api oleh Agensi Polis Bantuan.
Kumpulan Naziran juga akan memastikan semua SOP dipatuhi terutama dari segi penyimpanan dan juga penjagaan.
Topic Berkaitan
#Daesh
#Keselamatan penyimpanan senjata api
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#prosedur operasi standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan