awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Patuhi SOP ketat agar bazar Ramadan boleh diteruskan - Chow Kon Yeow

Bernama
Bernama
14/04/2021
19:59 MYT
Patuhi SOP ketat agar bazar Ramadan boleh diteruskan - Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP, memandangkan kes COVID-19 dilihat semakin meningkat dalam negara sejak kebelakangan ini. - Bernama
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menggesa orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan bazar boleh diteruskan sepanjang bulan Ramadan ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP, memandangkan kes COVID-19 dilihat semakin meningkat dalam negara sejak kebelakangan ini.
"Kita gembira kerana Pulau Pinang dibenarkan mengadakan bazar Ramadan, namun sama ada kebenaran itu akan diberikan terus sepanjang bulan Ramadan ini, ia bergantung kepada tindakan kita sendiri dalam pematuhan SOP," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis pelancaran Kempen Sinar Ramadan 2021, yang merupakan inisiatif Penang Halal International (PHI), pada Rabu.
"Kempen antara 13 April dan 31 Mei itu turut membabitkan penglibatan platform dalam talian seperti Shopee dan Foodpanda, di samping Maybank Islamic, bagi menggalakkan pengguna membuat urus niaga tanpa tunai," katanya.
Menurutnya enam hotel, dua pasar raya dan sebuah restoran turut membantu dalam menyokong kempen itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#kerajaan pulau pinang
#Chow Kon Yeow
#Ketua Menteri
#Halal
#SOP
#COVID-19
#Penang Halal International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan