Cadangan usaha merancakkan pembangunan prasarana di kawasan luar bandar antara perkara yang akan diketengahkan oleh UMNO Kelantan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur awal bulan depan.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Hanafi Mamat berkata walaupun sudah banyak projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dilaksanakan di negeri ini namun didapati masih banyak kawasan luar bandar yang memerlukan kemudahan.
"Kemudahan tersebut termasuk jalan-jalan desa, jambatan dan lampu jalan sama ada dibina baharu atau dinaik taraf untuk keselesaan pengguna yang terdiri daripada penduduk kampung," katanya kepada Bernama di sini.
Hanafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas berkata pihaknya juga akan mencadangkan supaya peluang pekerjaan dipertingkatkan selain mewujudkan mekanisma berkesan untuk menangani kenaikan kos sara hidup bagi meringankan bebanan rakyat.
Selain itu, UMNO Kelantan juga mahu supaya bantuan daripada parti mahupun kerajaan disampaikan terus kepada golongan sasar supaya manfaatnya dapat dirasai dan dihargai oleh penerimanya.
Hanafi berkata pihaknya juga akan mencadangkan supaya peluang dalam pengajian ilmu al-Quran di Kelantan dipertingkatkan, selain menggalakkan pelancongan berasaskan Islam.
Katanya, Kelantan memiliki kepelbagaian potensi pelancongan berasaskan Islam namun masih tidak dieksploitasi sepenuhnya untuk meningkatkan pendapatan rakyat.
Hanafi berkata wakil Kelantan juga akan menyentuh betapa pentingnya memperkukuhkan semangat solidariti dan prinsip wala' dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata kesemua perkara tersebut akan dibangkitkan oleh tiga wakil UMNO Kelantan semasa membahaskan ucapan dasar presiden, usul ekonomi serta usul agama dan pendidikan pada perhimpunan tersebut yang akan berlangsung selama lima hari bermula 5 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Sementara itu, seorang anggota perwakilan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Ab Rahman berkata perhimpunan agung UMNO harus menjadi medan pembakar semangat untuk anggota parti bersatu dan wala' kepada pemimpin bagi membentuk daya juang baharu menghadapi PRU14.
Beliau berkata solidariti dan wala’ adalah penting dalam keadaan sekarang apabila parti dan pemimpin berhadapan dengan pelbagai serangan daripada pembangkang yang giat menabur fitnah.
"Perhimpunan ini adalah perhimpunan terakhir sebelum PRU14 maka inilah peluang terbaik untuk anggota dan pemimpin sama-sama bersepakat untuk melaksanakan gerak kerja memastikan UMNO dan Barisan Nasional menang PRU tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2017
Seorang pemimpin UMNO Bahagian Kuala Krai berkata, Perhimpunan Agung UMNO harus menjadi medan pembakar semangat untuk anggota parti bersatu dan wala' kepada pemimpin bagi membentuk daya juang baharu menghadapi PRU14.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
PAU17: UMNO Kelantan ketengah usaha rancakkan prasarana luar bandar
Walaupun sudah banyak projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dilaksanakan di negeri ini namun didapati masih banyak kawasan luar bandar yang memerlukan kemudahan.
UMNO Kelantan serah sepenuhnya kepada SPRM siasat Ketua Wanita Bahagian
Setiausahanya, Datuk Hanafi Mamat berkata UMNO Kelantan yakin siasatan terhadap ketua wanita berusia 69 tahun itu tidak akan menjejaskan parti.