Wanita UMNO menuntut representasi lebih tinggi bukan sahaja dalam Kabinet tetapi juga di dalam parti.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata kuota ini wajar diberikan memandangkan sayapnya banyak memberi sumbangan dalam mengukuhkan parti.

"Saya yakin selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini, lebih ramai lagi Wanita akan diberi tempat menjadi ahli Jemaah Menteri.

"Namun, jangan dilupakan juga dalam parti UMNO sendiri, wanita selayaknya menduduki jawatan-jawatan yang tinggi dan bermakna, sama ada di peringkat kebangsaan atau di peringkat negeri," kata beliau dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Wanita UMNO pada hari ini.