awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon

Bernama
Bernama
08/10/2024
21:15 MYT
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Ewon berkata draf pindaan itu yang kini sedang disiapkan akan dibawa ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tahun hadapan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata draf pindaan itu yang kini sedang disiapkan akan dibawa ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tahun hadapan.
"Kami jangkakan sebanyak 200 pindaan (peruntukan) baharu akan dimasukkan dalam akta tersebut, melibatkan perkara-perkara dasar yang telah dipersetujui.
"Pindaan-pindaan ini dibuat bagi memperkukuhkan elemen pengawalseliaan dan memastikan perundangan koperasi kekal relevan dengan persekitaran ekonomi semasa," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 2/2024 di sini pada Selasa.
Beliau berkata antara peruntukan utama yang akan dimasukkan ke dalam akta itu adalah berkaitan liberalisasi perniagaan koperasi dan aspek tadbir urus termasuk kawal selia pendaftaran koperasi.
Ewon berkata draf pindaan itu dibuat berdasarkan cadangan agensi-agensi di bawah kementerian melalui kajian selidik dijalankan sebelum ini.
"Selepas ini, kita akan adakan sesi libat urus dengan koperasi-koperasi seluruh negara untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap cadangan ini sebelum dibentangkan di Parlimen," katanya.
Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat MPKK yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Datuk Rusli Jaafar serta ketua-ketua agensi di bawah kementerian yang menyaksikan pembentangan beberapa kertas kerja termasuk cadangan penggubalan akta tersebut.
Mesyuarat itu, katanya memberi fokus kepada menentukan hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara serta bertujuan mempertingkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Dalam pada itu, Ewon memaklumkan peluncuran Sambutan Tahun Koperasi Sedunia 2025 yang penganjurannya diketuai Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan diadakan pada Disember ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Koperasi 1993
#Ewon Benedick
#Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan