awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2017: Ucapan penangguhan Najib tumpuan hari terakhir perhimpunan

Bernama
Bernama
09/12/2017
03:07 MYT
PAU2017: Ucapan penangguhan Najib tumpuan hari terakhir perhimpunan
Ucapan penangguhan Presiden UMNO akan dinanti-nantikan bukan sahaja para perwakilan tetapi seluruh ahli UMNO. - Foto Astro AWANI
Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang memasuki hari terakhirnya hari ini akan bermula dengan perbahasan usul agama dan pendidikan.
Sesi perbahasan itu akan dimulakan wakil Johor Senator Zahari Sarip sebagai pencadang usul sebelum disokong wakil Kelantan Amran Arifin pagi ini.
Sebanyak 14 pembahas dijangka membahaskan usul berkenaan dimulakan oleh wakil Pulau Pinang Mohd Nashrol Hisham Abdullah sebelum sesi penggulungan oleh ketua-ketua sayap, wakil anggota Majlis Tertinggi UMNO, wakil kerajaan, naib presiden dan presiden parti.
Ucapan penangguhan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden parti pastinya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh perwakilan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, tetapi juga oleh seluruh anggota UMNO di seluruh negara memandangkan perhimpunan tersebut adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 .
Semalam, usul ucapan dasar presiden dan usul ekonomi diluluskan oleh 2,718 perwakilan daripada 191 bahagian UMNO yang turut sebulat suara meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agama
#Naib Presiden UMNO
#Najib Razak
#PAU2017
#pendidikan
#Presiden UMNO
#ucapan penangguhan
#UMNO 4 0
#usul
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan