awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAUiTM mahu pengendali Facebook hina Agong dikesan segera

Bernama
Bernama
14/04/2019
21:19 MYT
PAUiTM mahu pengendali Facebook hina Agong dikesan segera
Yang di-Pertuan Agong menjadi mangsa penghinaan berleluasa dalam media sosial baru-baru ini. - Gambar hiasan
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan segera untuk mengesan pengendali laman Facebook (FB) 'Sabah-Sarawak Merdeka' yang didakwa memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Setiausahanya, Shukri Ishak berkata beliau percaya kementerian berkenaan mempunyai peralatan canggih dan kepakaran bagi mengesan individu yang melakukan penghinaan berkenaan dan menyekat laman FB itu daripada terus tersebar.
"Mereka mempunyai kepakaran dan mampu mengesan individu yang melakukannya, malah jika perlu mereka boleh bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Seri Paduka Baginda adalah Canselor UiTM dan sebarang penghinaan terhadap baginda bermaksud turut menghina pelajar, pensyarah, kakitangan dan juga alumni sendiri," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini pada Ahad.
Turut hadir, Naib Presiden PAUiTM, Abang Mohd. Hafizie Abang Bunsu, yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Muhammad Aznur Syah Azman dan ahli jawatankuasa PAUiTM, Laili Suhairi.
Shukri turut menggesa supaya polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat walaupun mereka telah membuat permohonan maaf dan mengesali atas perbuatan mereka.
Pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Tan sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata pihaknya sedang menyemak dan meneliti 91 laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun FB itu berhubung penghinaan ke atas Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Hasutan.
Topic Berkaitan
#hasutan
#hina Agong
#jenayah
#PAUiTM
#pengendali facebook
#perwakilan pelajar
#sabah sarawak merdeka
#UiTM
#Yang Dipertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan