awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paul Stadlen pemegang permit penduduk tetap Malaysia - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
04/11/2015
06:02 MYT
Paul Stadlen pemegang permit penduduk tetap Malaysia - Ahmad Zahid
Menurut Ahmad Zahid, Stadlen tidak memerlukan permit sah untuk bekerja di negara ini. - Gambar Fail.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Perunding Perhubungan Awam Paul Stadlen ialah pemegang permit penduduk tetap (PR) negara ini.
Justeru, beliau berkata Stadlen tidak memerlukan permit sah untuk bekerja di negara ini.
"Untuk makluman, semakan rekod Jabatan Imigresen mendapati Paul Stadlen (Gregory) adalah penduduk tetap Malaysia.
"Oleh yang demikian, beliau bebas keluar masuk dan bekerja di negara ini tanpa perlu memiliki pas untuk bekerja yang dikeluarkan Jabatan Imigresen," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang meminta beliau menyatakan sama ada Stadlen mempunyai permit pekerja sah untuk bekerja di negara ini.
Stadlen pernah menerajui firma perunding komunikasi Apco Worldwide cawangan Kuala Lumpur dan sebelum ini dikatakan berkhidmat dalam pasukan komunikasi di Pejabat Perdana Menteri.
APCO Worldwide merupakan firma perunding perhubungan awam yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat dan mempunyai 29 cawangan di seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Paul Stadlen
#permit penduduk tetap
#PR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan