KUALA LUMPUR: Selepas lama ditutup, pengusaha panggung wayang bersedia untuk kembali beroperasi, namun dengan syarat hanya individu yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan memasuki pawagam.
Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC) Group, Koh Mei Lee berkata, pengunjung serta kakitangan pawagam juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan tersebut.
Menurut beliau, walaupun sudah lama tidak beroperasi, namun pengurusan GSC sentiasa memastikan semua fasiliti di pawagam dalam keadaan baik dan kakitangan yang akan melayan pelanggan nanti juga sudah menerima vaksinasi yang lengkap.
“Kami bersedia untuk beroperasi. Saya rasa masa terbaik adalah secepat mungkin kerana kami sudah bersedia untuk beroperasi.
BACA: Isu pengoperasian pawagam dibawa ke MKN - Annuar
“Kami selenggara pawagam kami mempunyai sekitar 97 peratus kakitangan yang diberi vaksin sepenuhnya. Saya ingin menekankan mengenai SOP yang ada.
“Pawagam selalu mempunyai SOP yang ketat tetapi untuk pembukaan semula ini, kami hanya akan membenarkan pelanggan yang diberi dua dos vaksin sahaja untuk masuk. Sijil digital MySejahtera akan menjadi syarat untuk masuk,” kata Mei Lee.
Tambah beliau, banyak negara sudah mula membenarkan pawagam beroperasi namun di Malaysia, keadaannya berbeza malah panggung wayang adalah yang pertama ditutup namun terakhir dibenarkan beroperasi semula.
Jelasnya kepada Astro AWANI pada Sabtu, setakat ini tiada kluster dari pawagam dan pembukaan semula pastinya memberi manfaat kepada lebih 20,000 kakitangan dalam industri tersebut.
“Rakyat Malaysia telah terkurung lebih dari setahun sekarang.
“Kami merayu agar panggung wayang dibuka kerana kami ingin memberi peluang kepada rakyat yang sudah divaksin penuh, satu tempat yang kosnya berpatutan dan selamat untuk hilangkan tekanan, bersantai dan sekali gus memenuhi kesihatan emosi dan mental mereka yang terjejas teruk selama ini.
“Saya juga ingin menekankan bahawa, kita adalah salah satu industri yang mempunyai SOP yang paling ketat,” ujarnya.
Sementara itu, Mei Lee juga berharap kerajaan mengecualikan cukai hiburan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun selepas mereka kembali beroperasi dan pengurangan cukai untuk tahun-tahun berikutnya.
“Industri pawagam adalah industri yang dikenakan cukai tinggi... sekarang cukai (dikenakan) adalah 25 peratus. Jika dapat menurunkannya menjadi lima peratus, seperti apa dilakukan kepada taman tema, ia bagus untuk kami.
“Ia seperti Kerajaan Negeri Selangor yang telah membenarkan taman tema diberikan pengecualian cukai sehingga Februari 2022 dan beberapa tahun selepas itu, pengurangan cukai hiburan.
“Jika inisiatif sama diberikan kepada industri pawagam, saya rasa itu akan sangat membantu kami untuk pulih,” katanya.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan isu pawagam yang belum dibenarkan beroperasi telah dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Memetik ciapan Golden Screen Cinemas @GSCinemas yang memohon orang ramai mencadangkan pengoperasian semula pawagam, Annuar memaklumkan, kerajaan bakal mengumumkan sesuatu berkaitan industri itu dalam masa terdekat.
Ridauddin Daud
Sat Sep 04 2021
Walaupun sudah lama tidak beroperasi, kakitangan GSC sentiasa memastikan semua fasiliti di pawagam dalam keadaan baik dan petugas juga sudah menerima vaksinasi yang lengkap. - Gambar Facebook / JB Happening
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Negara Islam perlu terus beri tekanan
Serangan yang dibuat oleh Israel ke atas konsulat Iran di Syria merupakan strategi bagi mengalih pandangan ke atas apa yang berlaku di Gaza.
Tumpuan Jumaat - 19 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
32 penerbangan di Lapangan Terbang Tawau dibatalkan
Susulan letusan gunung berapi di Gunung Ruang Sulawesi di utara Indonesia...
Sebanyak 32 penerbangan melibatkan 16 penerbangan ke Tawau dan 16 penerbangan dari Tawau dibatalkan pada Khamis.
Pengurus Lapangan Terbang Tawau, Rehan Shafiq Azizan ketika dihubungi berkata, pembatalan itu menyebabkan 4,829 penumpang di lapangan terbang itu terjejas.
Sebanyak 32 penerbangan melibatkan 16 penerbangan ke Tawau dan 16 penerbangan dari Tawau dibatalkan pada Khamis.
Pengurus Lapangan Terbang Tawau, Rehan Shafiq Azizan ketika dihubungi berkata, pembatalan itu menyebabkan 4,829 penumpang di lapangan terbang itu terjejas.
[TERKINI] Jasad mendiang Joseph Kurup tiba di Kota Kinabalu
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup dilaporkan akan diterbangkan pada malam ini dan dijangka tiba di pusat perkhidmatan pengebumian Wisma Fook Lu Siew, Kota Kinabalu pada jam 10.15 malam.
Menurut maklumat yang diterima daripada keluarga mendiang, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan pada 19 April, esok bermula jam 2 petang sehingga jam 8 malam di pusat perkhidmatan pengebumian Wisma Fook Lu Siew.
Menurut maklumat yang diterima daripada keluarga mendiang, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan pada 19 April, esok bermula jam 2 petang sehingga jam 8 malam di pusat perkhidmatan pengebumian Wisma Fook Lu Siew.
Pawagam sedia kembali beroperasi, penerima vaksinasi lengkap saja dibenarkan masuk
Pengunjung dan kakitangan pawagam perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan tersebut.