GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) untuk menawarkan rebat tarif air kepada sekolah berdaftar di negeri ini untuk "penggunaan air bukan domestik".
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata sehubungan itu, semua sekolah berdaftar di Pulau Pinang seperti sekolah kerajaan, swasta, antarabangsa, kolej, sekolah agama dan tadika boleh memohon rebat berkenaan.
"Rebat 30 peratus untuk bil air sekolah adalah untuk 'penggunaan bukan domestik' di Pulau Pinang selama enam bulan tahun ini iaitu April hingga September nanti.
"Pentadbir sekolah mesti memohon rebat daripada PBAPP sebelum 30 Sept dan permohonan dibuka mulai hari ini dengan borang permohonan boleh dimuat turun secara dalam talian daripada laman web PBAPP (https://pba.com.my/penang-water-tariffs/)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Chow berkata kerajaan negeri membuat keputusan itu sebagai tanda muhibah untuk mengekalkan dan menyokong hubungan baik dengan 1,712 sekolah di Pulau Pinang yang menyediakan pendidikan rendah dan menengah kepada beribu-ribu anak muda Pulau Pinang setiap hari.
Chow yang juga Pengerusi PBAPP berkata menerusi "Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kadar Perkhidmatan Bekalan Air) (Negeri Pulau Pinang) (Pindaan) 2022" telah diwartakan pada 29 Julai 2022 dan Peraturan Persekutuan itu menyemak tarif untuk "penggunaan air bukan domestik" dan dengan jelas menyatakan bahawa penggunaan air di sekolah mesti dibilkan sebagai "penggunaan bukan domestik".
Katanya Peraturan Persekutuan yang serupa turut diwartakan serentak pada 27 Julai 2022 untuk pelaksanaan di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Oleh itu, adalah jelas bahawa Kerajaan Persekutuan (sebelum ini) telah mewartakan tarif air baharu untuk 'penggunaan bukan domestik' bukan sahaja untuk Pulau Pinang, tetapi untuk semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 27 Julai 2022.
"Ia juga jelas bahawa kerajaan Persekutuan (sebelum ini) yang telah menetapkan dan meluluskan peraturan yang mentakrifkan penggunaan air di sekolah sebagai "penggunaan bukan domestik", dan bukannya PBAPP atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata namun, dengan mengambil kira maklum balas oleh pihak berkuasa sekolah, PBAPP bersetuju untuk menanggung kos rebat enam bulan untuk sekolah-sekolah sebagai satu lagi aspek komitmen tanggungjawab sosial korporatnya kepada Pulau Pinang dengan unjuran jumlah kos rebat ini ialah RM2.1 juta.
Menurutnya, PBAPP juga mengekalkan purata tarif air domestik Pulau Pinang untuk 35,000 liter pertama sebulan pada 32 sen setiap 1,000 liter pada tahun ini dan ia adalah tarif air domestik terendah di Malaysia dan satu daripada yang terendah di Asia.
"Purata tarif domestik menerima subsidi yang besar dan pada 2022, jumlah subsidi tarif domestik yang ditanggung oleh PBAPP berjumlah RM103.7 juta yang telah memanfaatkan 585,740 isi rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
Dengan mengambil kira maklum balas oleh pihak berkuasa sekolah, PBAPP bersetuju menanggung kos rebat enam bulan untuk sekolah-sekolah. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Lelaki rempuh kenderaan Kastam, terjun keluar MPV
Seorang lelaki sanggup merempuh kenderaan kastam dan terjun daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) yang masih bergerak ketika cuba meloloskan diri bersama dadah bernilai RM3.5 juta di Pokok Sena.
85 peratus pengguna di SPT, SPS terima bekalan air pagi ini - PBAPP
85 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual di Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak 4 Okt lepas, mendapat semula bekalan setakat 10 pagi.
Pakej 12A LRA Sungai Dua bakal tambah kapasiti air di Pulau Pinang
Pakej 12A di LRA Sungai Dua dijangka meningkatkan kapasiti rawatan air Pulau Pinang sebanyak 114 juta liter sehari.
Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut
Bacaan semasa yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menunjukkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam menyusut 1.2 peratus kepada 30.0 peratus.
Kurangkan 10 peratus penggunaan air sehingga September - PBAPP
PBAPP merayu kepada pengguna air domestik di negeri ini untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus sehingga musim hujan September depan.
Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.
AIDAP 2024 bantu kekal kapasiti efektif Empangan Air Itam
PBAPP melaksanakan empat langkah kontingensi kejuruteraan bekalan air di bawah Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam.
Fasa dua MDEP bernilai RM72.5 juta diserahkan kepada Pulau Pinang
Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan Fasa 2B Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Jan).
PBAPP akan pasang dua paip baharu untuk selesai isu di Sungai Perai
PBAPP akan memasang dua batang paip baharu di Sungai Perai sebagai penyelesaian sementara selepas saluran paip di dasar sungai itu dikesan mengalami kebocoran baharu.
Pemulihan bekalan air tahap kedua bermula 6 pagi - PBAPP
PBAPP memaklumkan pengguna di kawasan di bawah tahap kedua pemulihan bekalan air telah selesai mendapat bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 pagi ini.