Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon mengadakan pertemuan dengan Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Hussein Haniff bagi membincangkan perkembangan terkini di Sabah, pada Jumaat.
Pada pertemuan itu, Ki-moon mengambil maklum usaha yang sedang dilakukan oleh Malaysia dan Filipina bagi mencari penyelesaian damai kepada krisis pencerobohan di Lahad Datu.
"(Setiausaha Agung PBB) mengulangi harapannya agar keadaan itu akan dapat diselesaikan segera," kata jurucakap PBB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di New York.
Ki-moon berharap segala usaha diteruskan untuk memastikan hak asasi manusia dihormati serta mengelak lebih banyak korban jiwa.
Ini adalah kenyataan kedua yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PBB itu berhubung krisis pencerobohan kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu yang dilabelkan sebagai pengganas.
Beliau sebelum ini menggesa semua pihak terlibat mengambil jalan rundingan untuk menyelesaikan krisis.
Susulan kenyataannya itu, Jamalul Kiram III yang dianggap sebagai Sultan Sulu mengisytiharkan gencatan senjata dan meminta pasukan keselamatan Malaysia ikut sama menghentikan serangan.
Permintaan beliau ditolak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka digesa serah diri dan letak senjata tanpa syarat.
Krisis pencerobohan ini bermula sejak 12 Februari lalu itu selepas kumpulan itu menceroboh Lahad Datu bagi membangkitkan soal tuntutan pemilikan waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah.
Ia bagaimanapun mula memuncak selepas 8 anggota polis terbunuh dalam dua insiden berasingan pada 1 dan 2 Mac.
Polis Diraja Malaysia yang dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia kemudian pada 5 Mac melancarkan operasi gempur ke Kampung Tanduo dekat Lahad Datu yang jadi kubu kumpulan itu.
Sehingga Jumaat, 52 penceroboh disahkan berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan.
Noor Azam Shairi
Sat Mar 09 2013
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Tentera Myanmar mesti mulakan langkah pertama untuk tamatkan keganasan - Ban Ki-Moon
Pihak tentera sendiri mesti memulakan langkah pertama untuk menamatkan krisis di Myanmar, kata bekas Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon.
Amanat pembangunan mapan Ban Ki-Moon kepada Malaysia
Ban Ki-Moon seru semua pihak di negara ini terus mendokong Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) PBB 2030.
Anak saudara Ban Ki-moon dipenjara
Anak saudara Ban Ki-moon dihukum penjara enam bulan kerana didapati bersalah cuba memberi rasuah.
Antonio Guterres dilantik Setiausaha Agung baharu PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi melantik Antonio Guterres sebagai Setiausaha Agung yang baharu, menggantikan Ban Ki-Moon.
Setiausaha Agung PBB kutuk serangan pengganas di Dhaka
Ban Ki-Moon beri jaminan kepada kerajaan Bangladesh bahawa PBB sedia membantu dalam usaha mencegah semua bentuk ekstremisme ganas.
Ban Ki-Moon puji inisiatif M'sia kecam penganiayaan kanak-kanak di zon perang
Setiausaha PBB itu mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa melindungi kanak-kanak adalah 'moral amat penting dan tanggungjawab undang-undang'.
QZ8501: Setiausaha Agung PBB ucap takziah
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Ban Ki-moon mengutuskan "ucapan takziah dengan sepenuh ikhlas" beliau kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas.
AS$300 juta diperlukan dalam usaha membantu mangsa taufan Haiyan
Pasca taufan Haiyan di Filipina Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan kempen rayuan untuk membantu mangsa taufan Haiyan.
Pendekatan politik penting untuk menangani krisis Syria - PBB
Ban Ki-Moon berkata pendekatan ketenteraan hanyalah boleh diguna pakai untuk tujuan pertahanan atau diluluskan oleh majlis keselamatan.
Tentera menghala ke utara Mali
Tentera kerajaan yang dibantu askar Perancis dilapor menghala ke arah utara Mali dalam usaha menghapuskan kumpulan penentang kerajaan.