awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB perlu lakukan reformasi untuk kekal relevan - Wisma Putra

Bernama
Bernama
24/10/2023
04:08 MYT
PBB perlu lakukan reformasi untuk kekal relevan - Wisma Putra
Hari PBB disambut pada 24 Oktober setiap tahun untuk menandakan tarikh berkuatkuasanya Piagam PBB serta penubuhan badan antarabangsa itu pada tahun 1945. - Gambar fail/AP
PUTRAJAYA: Malaysia memperbaharui komitmennya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena ulang tahun ke-78nya pada Selasa, namun menekankan reformasi perlu dilakukan untuk memastikan badan dunia itu kekal sesuai dengan tujuan asalnya.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata Malaysia akan terus menjadi rakan kongsi global yang kukuh dan yang boleh dipercayai, selaras dengan nilai-nilai sejagat yang termaktub dalam Piagam PBB, selaras dengan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Malaysia MADANI yang diperlukan untuk mewujud dan memajukan masyarakat yang harmoni.
"Malaysia terus percaya bahawa pelbagai cabaran yang dihadapi dunia pada hari ini hanya dapat ditangani melalui kerjasama yang lebih erat dan dengan sistem multilateralisme yang diperkukuhkan.
"Oleh itu, reformasi perlu untuk memastikan PBB kekal sesuai dengan tujuan asalnya," menurut kenyataan itu.
Hari PBB disambut pada 24 Oktober setiap tahun untuk menandakan tarikh berkuatkuasanya Piagam PBB serta penubuhan badan antarabangsa itu pada tahun 1945.
Sejak menyertai PBB selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia secara konsisten telah mempromosikan tiga tunggak asas sistem PBB iaitu keamanan dan keselamatan, hak asasi manusia dan pembangunan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Kementerian Luar
#PBB
#Wisma Putra
#reformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan