awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDP, PSB bergabung pada Disember depan - Tiong

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
19/08/2023
21:30 MYT
PDP, PSB bergabung pada Disember depan - Tiong
Tiong (tengah) hadir pada Majlis Makan Malam Perpaduan di Sibu, 19 Ogos 2023. - Astro AWANI
SIBU: Proses penggabungan Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Disember ini.
Mengesahkan perkara itu, Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kesepakatan itu mendapat restu Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak atas restunya untuk membolehkan kerjasama ini terjalin.
"Saya berharap penggabungan ini akan terlaksana menjelang Disember," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Perpaduan di sini semalam.
BACA: Kerjasama PDP-PSB: Tiada tempoh masa untuk sebarang penggabungan
Pada 13 Julai lalu, kedua-dua parti menandatangani perjanjian persefahaman di Kuala Lumpur untuk membentuk kerjasama yang matlamat akhirnya adalah untuk kedua-duanya bergabung.
Pada majlis itu juga, Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh mengikrarkan hala tuju sokongan parti kepada GPS, Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika ini, PSB diwakili oleh tiga ahli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak iaitu Soon Koh di DUN N53 Bawang Assan, Dr Johnicol Rayong (N33 Engkilili) dan Baru Bian (N81 Ba'kelalan).
Sementara itu, PDP diwakili oleh Tiong di DUN N52 Dudong, Datuk Henry Jinep (N2 Tasik Biru), Friday Belik (N39 Krian), Datuk Rolland Duat Jubin ( N48 Meluan) dan Datu Dr Pengguang Manggil (N76 Marudi).
PDP juga mempunyai seorang wakil di Dewan Rakyat iaitu Datuk Anyi Ngau di Parlimen P220 Baram dan seorang wakil di Dewan Negara, Senator Dr Paul Igai.
Tiong dilantik sebagai Menteri Pelancongan Persekutuan, Dr Pengguang Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak dan Henry Jinep Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut).
Topic Berkaitan
#Tiong King Sing
#gabung
#PDP-PSB
#kerjasama PDP-PSB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan