awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdPR: Idea kreatif 'alam fantasi' Cikgu Liana bangkitkan semangat pelajar

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
05/02/2021
08:28 MYT
PdPR: Idea kreatif 'alam fantasi' Cikgu Liana bangkitkan semangat pelajar
Usahanya itu mendapat respons positif daripada pihak sekolah malah ibu bapa pelajar juga berasakan teknik kreatif sebegitu memberi kesan positif kepada perkembangna minda anak-anak mereka. - Foto Astro AWANI
ARAU:Normal baharu sektor pendidikan, cabaran terbesar buat guru adalah mengendalikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dengan berkesan dan memastikan semua pelajar faham apa yang diajar.
Guru subjek Sains dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah, Perlis ini, Ku Liana Farhany Abdul Halim turut berdepan cabaran sama.
Namun, ia tidak sedikit pun mematahkan semangatnya malah guru cekal ini mengambil pendekatan unik dalam mempelbagaikan kreativiti apabila menggunakan kostum berbeza ketika sesi PdPR mengikut topik yang diajar.
“Saya buat begini bagi memastikan semua pelajar terutama pelajar Tahun Tiga hingga Tahun Enam memberikan fokus sehingga tamat sesi PdPR,” katanya.
 Guru cekal ini mengambil pendekatan unik dalam mempelbagaikan kreativiti apabila menggunakan kostum berbeza ketika sesi PdPR mengikut topik yang diajar. - Foto Astro AWANI
Guru cekal ini mengambil pendekatan unik dalam mempelbagaikan kreativiti apabila menggunakan kostum berbeza ketika sesi PdPR mengikut topik yang diajar. - Foto Astro AWANI
Mengambil tema 'bagaikan di alam fantasi', dia yang lebih mesra disapa Cikgu Liana itu menyatakan idea berkenaan tercetus apabila dia mendapati pelajarnya memberi tindak balas yang kurang memberangsangkan pada peringkat awal PdPR.
Jelasnya, pendekatan lebih menarik perlu dibuat memandangkan subjek Sains adalah subjek yang sukar difahami dan cepat menghadirkan rasa 'susah' kepada pelajar jika tidak diajar dengan teknik yang betul.
“Melalui Google Meet dan karakter yang saya pilih ini juga, memang saya nampak peningkatan mereka menyertai kelas itu bertambah dan kerja sekolah boleh dikatakan dihantar terus kepada saya sebab saya berinteraksi pun secara terus.
“Bila soalan yang saya bagi pada hujung kelas, saya akan terus buat perbincangan. Jadi mereka akan betulkan apa yang salah pada masa itu juga,” ujarnya.
Meskipun berdepan kesukaran terutama cabaran dalam pemilihan karakter dan watak yang tepat dengan topik diajar, segala penat-lelahnya hilang selepas melihat pelajarnya semakin berminat untuk menyertai PdPR saban hari.
Antara karakter yang pernah dijayakannya adalah watak 'skeleton', jururawat, doktor gigi, serta 'mikro-organisma'. - Foto Astro AWANI
Antara karakter yang pernah dijayakannya adalah watak 'skeleton', jururawat, doktor gigi, serta 'mikro-organisma'. - Foto Astro AWANI
Menurut Cikgu Liana, antara karakter yang pernah dijayakannya adalah watak 'skeleton', jururawat, doktor gigi, serta 'mikro-organisma'.
“Cabarannya, setiap topik yang saya ajar untuk tahun yang berbeza, saya kena fikirkan karakter apa dan kostum apa yang sesuai.
“Itulah cabaran utama saya sebab tidak semua tajuk-tajuk dalam Sains sesuai untuk kita bawa karakter-karakter yang pelik-pelik menjadi kreatif, tapi saya berusaha untuk mencetuskan sesuatu yang lain dari yang lain,” katanya.
Dalam perkembangan sama, usahanya itu mendapat respons positif daripada pihak sekolah malah ibu bapa pelajar juga berasakan teknik kreatif sebegitu memberi kesan positif kepada perkembangan minda anak-anak mereka.
“Saya berazam untuk memperbanyakkan lagi karya-karya unik dalam menjadi pemangkin kepada penggunaan teknologi alaf baharu dalam era moden pendidikan ketika ini,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#PdPR
#pelajar
#guru
#Cikgu Liana
#Perlis
#pengajaran dan pembelajaran
#Sains
#karakter
#unik
#kreatif
#Ku Liana Farhany Abdul Halim
#SK Kubang Gajah
#google meet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan