awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PdPR: Majoriti pelajar Asia Pasifik cenderung pembelajaran bersemuka

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/08/2021
06:43 MYT
PdPR: Majoriti pelajar Asia Pasifik cenderung pembelajaran bersemuka
Antara subjek yang diakui sukar untuk belajar secara maya oleh pelajar APAC adalah matematik (48 peratus), kimia (28 peratus), fizik (25 peratus) dan biologi (25 peratus). - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lebih separuh atau 55 peratus pelajar di Asia Pasifik (APAC) yang beralih kepada pembelajaran dalam talian (PdPR) disebabkan pandemik COVID-19 lebih cenderung memilih pembelajaran secara bersemuka.
Walaupun peratusan ia tinggi dengan satu daripada dua kanak-kanak di Asia memilih pembelajaran bersemuka di kelas berbanding sesi dalam talian, namun ia masih rendah berbanding rantau lain.
Menerusi tinjauan pendapat oleh syarikat keselamatan siber, Kaspersky, kanak-kanak di Amerika Latin lebih cenderung memilih pembelajaran bersemuka iaitu 75 peratus, diikuti Afrika (73 peratus) dan Timur Tengah (58 peratus).
BACA: PdPR perlu diteruskan sehingga situasi COVID-19 selamat
BACA: Guru, pelajar dan ibu bapa semakin sesuaikan diri dengan PdPR
Majoriti kanak-kanak di APAC tidak menggemari pembelajaran dalam talian disebabkan terpaksa meluangkan banyak masa di hadapan skrin (74 peratus) dan diikuti masalah teknikal (60 peratus).
Sementara itu, 57 peratus pelajar akui sukar memahami kandungan pembelajaran ketika sesi dalam talian berbanding secara bersemuka.
Namun, 45 peratus para pelajar masih berminat untuk belajar secara dalam talian.
Antara subjek yang diakui sukar untuk belajar secara maya oleh pelajar APAC adalah matematik (48 peratus), kimia (28 peratus), fizik (25 peratus) dan biologi (25 peratus).
BACA: Lebih baik KPM umum PdPR diteruskan sampai hujung tahun - Pensyarah
BACA: PdPR: Pengajaran perlu disesuaikan dengan keadaan pelajar
Trend ini adalah hampir sama dengan rantau lain di peringkat global.
Malah, ibu bapa di rantau ini secara majoriti iaitu 68 peratus tidak mahu meneruskan pembelajaran secara maya selepas pandemik ini berakhir.
Antara kebimbangan ibu bapa adalah masa yang diluangkan pelajar di hadapan skrin adalah terlalu lama (68 peratus) dan penurunan kualiti pendidikan secara umum (48 peratus).
Topic Berkaitan
#PdPR
#pembelajaran dalam talian
#pandemik
#Kanak-kanak
#COVID-19
#pendidikan
#Asia Pasifik
#Kaspersky
#kajian belajar dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan