ALOR SETAR: Seorang guru itu perlu kreatif dalam mencari kaedah terbaik dan menukar cara pembelajaran mengikut kesesuaian pelajar, bagi memastikan kejayaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ketika negara masih berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19.
Kaedah PdPR secara dalam talian, mungkin dilihat sebagai cara mudah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat diteruskan, ketika sekolah tidak dibuka untuk PdP secara bersemuka, namun kaedah secara 'off line' atau luar talian juga mampu memastikan murid atau pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Bagi Dr Abdul Ghani Jalil, guru subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Pokok Sena dekat sini, cara pembelajaran PdPR itu perlu disesuaikan, bagi memastikan pelajar terutamanya yang berada di kawasan luar bandar, tidak ketinggalan dalam pelajaran.
"Saya mengajar pelajar Tingkatan Empat dan Lima, dan kebiasaannya saya akan jalankan kelas mengikut jadual waktu yang telah diatur dengan menggunakan aplikasi 'Google Meet' atau 'WhatsApp'," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Namun, bagi pelajar yang berhadapan dengan masalah untuk menyertai sesi pembelajaran secara maya, beliau mengambil pendekatan menjalankan PdPR secara luar talian, iaitu pergi ke rumah pelajar dan membawa modul untuk mereka buat.
Abdul Ghani, 46, yang berasal dari Kuantan, Pahang dan sudah 17 tahun berkecimpung dalam bidang pendidikan ini berkata, walaupun sukar untuk mengajar dalam tempoh pandemik ini, dia sentiasa mencari jalan dan cara untuk membantu pelajarnya belajar menggunakan kaedah PdPR ini.
"Sebenarnya banyak cara untuk laksanakan PdPR ini sama ada secara dalam talian atau luar talian. Kalau pelajar itu minat tengok video, kita boleh buat modul menggunakan aplikasi 'TikTok' atau kalau talian internet di rumah mereka perlahan, kita boleh hantar modul berkenaan terus di rumah mereka.
"Carilah cara atau kaedah macam mana sekali pun, asalkan proses PdPR itu berlangsung. Saya juga tidak terlalu suka membebankan pelajar, kerana selain Bahasa Melayu mereka perlu belajar subjek lain juga, jadi biasanya saya akan bagi satu atau dua modul sahaja asalkan sukatan dan topik tidak ketinggalan," katanya.
Abdul Ghani berkata dalam tempoh PdPR ini juga, guru perlu peka dan tahu apa masalah yang dihadapi oleh pelajar, sekiranya mereka tidak menyertai kelas atau tidak menghantar kerja sekolah yang telah diarahkan, oleh guru masing-masing.
"Kalau pelajar itu senyap, kadang-kadang mereka sendiri tidak faham benda apa yang mereka kena buat, jadi guru perlu mendekati pelajar terutamanya yang di kawasan luar bandar, sebab ada masalah-masalah lain yang menyebabkan kaedah PdPR itu kurang berkesan.
"Sukar macam mana sekali pun, saya akan pastikan semua pelajar dapat belajar dengan baik menggunakan kaedah PdPR ini, tidak kisah secara dalam talian atau luar talian, kerana yang paling penting adalah mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran," katanya.
Sementara itu Mohd Azharuddin Shah Yaakap yang merupakan guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Muzik di Sekolah Kebangsaan (SK) Mergong di sini berkata, selain menggunakan medium aplikasi seperti Telegram dan WhatsApp untuk PdPR, guru-guru di sekolah itu turut menggunakan kaedah luar talian.
"Guru buat secara luar talian juga, iaitu dengan tinggalkan modul di dalam kotak khas yang diletakkan di hadapan pintu sekolah dan akan minta ibu bapa datang ambil. Kalau hantar modul ke rumah pelajar itu tiada sebab kita tidak mahu langgar arahan yang sudah ditetapkan.
"Memang banyak dugaan bila buat PdPR ini, terutamanya dengan murid sekolah rendah sebab mereka sukar beri fokus semasa kelas dalam talian," katanya.
Guru berumur 38 tahun ini berkata, bagi menarik minat anak muridnya untuk belajar, beliau lebih banyak menggunakan pautan YouTube, kerana ia mempunyai suara dan gambar yang lebih jelas dan menarik.
"Murid-murid usia mereka ini lebih gemar lihat YouTube, jadi kita guna pendekatan ini asalkan mampu buat mereka belajar. Ada juga guru yang ambil inisiatif dengan buat laman YouTube sendiri, untuk ajar murid mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021
Cara pembelajaran PdPR itu perlu disesuaikan, bagi memastikan pelajar terutamanya yang berada di kawasan luar bandar, tidak ketinggalan dalam pelajaran. - Gambar hiasan
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.
Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.
Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.
Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.
JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor
Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.
Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.
Lebih 530,00 pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini
Sejumlah 1,075 sekolah rendah dan 218 sekolah menengah kerajaan dibuka untuk sesi persekolahan bersemuka di negeri ini.