awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo sedia berunding mengenai waran tiket penjawat awam - Abang Johari
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Operasi percubaan pintu sempadan Rafah bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN

Bernama
Bernama
01/02/2026
08:47 MYT
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves sempena sambutan perayaan Thaipusam hari ini. - Foto Bernama
SELAYANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mencari mekanisme terbaik menangani isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) yang dilihat semakin berleluasa di media sosial.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata keterbukaan melampau di platform media sosial menyebabkan segelintir pihak bebas melemparkan komen sehingga melangkaui batas undang-undang negara.
"Isu yang berkaitan dengan perkauman, agama, hasutan dan sebagainya memang berlarutan. Inilah perkara yang sering kita bincangkan dengan pihak Peguam Negara, kaedah untuk kita mengatasi masalah itu.
"Media sosial ini begitu terbuka, jadi semua orang ingin membuat komen sehingga ke satu tahap mereka kadangkala melangkaui undang-undang kita yang memerlukan tindakan dari sudut perundangan itu sendiri," katanya selepas program kepolisian komuniti "Thaneer Panthal" PDRM di kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini hari ini.
Mengulas tentang perkembangan penahanan bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan, beliau berkata kertas siasatan dijangka diserahkan kepada pihak AGC dalam tempoh terdekat.
Mohd Khalid berkata setakat ini, polis telah merakamkan percakapan lima saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Bergantung pada unit siasatan, mungkin kita memerlukan saksi-saksi lain untuk tindakan lanjut," katanya.
Tan, 31, ditahan susulan soalan kontroversi yang dibangkitkan dalam satu wacana awam baru-baru ini, membabitkan perbandingan antara situasi di Palestin dengan layanan terhadap komuniti Cina di Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan isu 3R, polis sebelum ini turut memanggil dua pegawai kanan sebuah syarikat media berbahasa Cina bagi membantu siasatan berhubung terjemahan salah titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan hantaran yang dikesan pada 19 Jan lepas.
Mohd Khalid berkata polis akan terus memantau dan mengambil tindakan secara berperingkat terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kegentaran awam melalui manipulasi isu sensitif.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#PDRM
#Jabatan Peguam Negara
#isu 3R
#Ketua Polis Negara
#Mohd Khalid Ismail
#Rex Tan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan