awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirBorneo sedia berunding mengenai waran tiket penjawat awam - Abang Johari

Bernama
Bernama
01/02/2026
10:00 MYT
AirBorneo sedia berunding mengenai waran tiket penjawat awam - Abang Johari
AirBorneo kini menawarkan perkhidmatan ke 21 destinasi sekali gus memastikan sambungan ke pedalaman Sarawak dan Sabah. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: AirBorneo sedia berunding dengan Kerajaan Persekutuan mengenai menyediakan waran tiket penerbangan buat penjawat awam, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata perkara itu juga dalam perancangan syarikat penerbangan milik Kerajaan Negeri Sarawak itu.
"Itu (memperkenalkan waran tiket penerbangan penjawat awam) tidak menjadi masalah, kita boleh runding.
"Kita akan lihat selepas bulan Julai nanti kita akan ada operasi pesawat jet. Jet ini akan menghubungkan Kuching dengan destinasi luar negara termasuk Jepun, Korea Selatan dan juga negara ASEAN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Walk for Health bersama Premier Sarawak di Taman Botani Sarawak di sini, hari ini.
AirBorneo kini menawarkan perkhidmatan ke 21 destinasi sekali gus memastikan sambungan ke pedalaman Sarawak dan Sabah.
AirBornea memulakan operasi komersialnya dengan penerbangan pertama pada 2 Jan lepas setelah mengambil alih daripada MASwings.
-- BERNAMA




Topic Berkaitan
#AirBorneo
#waran tiket
#penjawat awam
#Abang Johari Tun Openg
#kerajaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan