awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
Pengambilan terus pekerja asing langkah pembaharuan struktur pasaran buruh negara - DPMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM, agensi lain sentiasa bekerjasama kekang penyeludupan dadah - Pengarah JSJN

Bernama
Bernama
29/10/2024
14:35 MYT
PDRM, agensi lain sentiasa bekerjasama kekang penyeludupan dadah - Pengarah JSJN
Khaw berkata kerjasama erat seperti itu amat perlu dalam memastikan keberkesanan usaha pencegahan penyeludupan dadah kerana sempadan negara di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak amat panjang. - Gambar fail/Bernama
SUBANG JAYA: Polis akan sentiasa bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengekang aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (JSJN) Datuk Seri Khaw Kok Chin.
Beliau berkata kerjasama erat seperti itu amat perlu dalam memastikan keberkesanan usaha pencegahan penyeludupan dadah kerana sempadan negara di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak amat panjang.
"Selain membawa masuk dadah bagi pasaran tempatan, sindiket turut menjadikan negara ini sebagai transit sebelum diedarkan ke negara lain dengan harga yang lebih tinggi.
"Di luar negara, dadah ini dijual sehingga lima kali ganda daripada harga pasaran tempatan yang mana RM33,000 per kilo untuk syabu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.
Khaw berkata laluan tikus yang menjadi jalan pengedar dadah membawa masuk bahan terlarang itu juga didapati kerap berubah mengikut operasi dan kawalan dilakukan pihak berkuasa.
Katanya, jumlah sebenar laluan tikus tidak dapat diberikan kerana ia sentiasa berubah dari masa ke masa.
"Mereka boleh menutup dan menimbus laluan tikus ini dengan pantas setelah ia digunakan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan sebanyak 193 sindiket dadah telah ditumpaskan dan seramai 612 ahli sindiket telah ditahan bagi tempoh Januari hingga September lepas.
Razarudin berkata dalam tempoh sama, sejumlah 8,996.1 kilogram pelbagai jenis dadah dan 4,749.05 liter pelbagai jenis cecair dadah serta 39,105.37 kilogram daun ketum dan 43,499.85 liter air ketum berjaya dirampas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daun ketum
#PDRM
#laluan tikus
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan