KUALA LUMPUR: Polis berjaya merungkai pembunuhan seorang anggota polis pada lima tahun lepas yang ditembak mati ketika bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya.
Ia susulan penangkapan seorang lelaki yang aktif melakukan kegiatan samun bank bersenjata api di sekitar kawasan Subang Jaya dan Shah Alam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kehilangan pistol milik anggota tersebut juga terjawab dengan rampasan sepucuk pistol milik anggota tersebut daripada lelaki itu.
Jelasnya, siasatan juga mendedahkan penjenayah menggunakan pistol sama ketika merompak bank dan dalam kes tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori.
Menurut Abd Jalil, selain kes tersebut, tertuduh juga didakwa mengikut seksyen sama dengan pertuduhan menembak mati pengawal van keselamatan dalam kejadian samun di hadapan sebuah bank di Puchong Prima pada 11 Mac lepas.
BACA: Rompakan di Puchong: Pengawal keselamatan bertugas ambil wang dari bank - Polis
BACA: Suspek kes rompak di Puchong Prima guna pistol milik polis
“Tertuduh juga berdepan pertuduhan cubaan membunuh rakan sekerja mangsa yang ditembak di bahagian perut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
“Tertuduh juga dituduh memiliki senjata api iaitu sepucuk pistol semi automatik jenama Walther P99 dengan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
“Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang daripada enam kali sebatan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Tambah beliau, lelaki itu juga didakwa mengikut Seksyen 3 Akta sama dan boleh dihukum mati jika sabit kesalahan dalam tiga lagi kes samun bank bersenjata api yang berlaku di sekitar Subang Jaya dan Shah Alam.
BACA: Pegawai polis ditemui mati dengan kesan tembakan dan tetakan di balai USJ
Berdasarkan kejadian di balai polis Pinggiran USJ pada 31 Ogos 2017, Lans Koperal Valentino Mesa berusia 29 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan kira-kira pukul 3.25 pagi oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) polis.
Hasil pemeriksaan terhadap Valentino berasal dari Sarawak itu terdapat satu tembakan daripada pistol anggota itu sendiri dan suspek melarikan pistol tersebut.
Sementara itu, bagi kes tembakan di Puchong Prima pula, seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak manakala seorang lagi cedera dalam satu rompakan nekad berhampiran sebuah bank di Puchong Prima.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Abd Khalid Othman berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 5.50 petang.
Menurutnya, semasa kejadian, terdapat empat pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk mengambil wang tunai daripada sebuah bank untuk diangkut ke dalam van syarikat keselamatan dengan seorang pemandu menunggu dalam kenderaan.
Katanya, ketika mereka mengambil wang di bank berkenaan, dua pengawal keselamatan berada di dalam bank manakala seorang pengawal keselamatan berada di antara bank dan van itu dan seorang lagi pengawal keselamatan bersama pemandu berada dalam kenderaan.
Beliau berkata, ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berada di antara bank dan van sedang menyerahkan karung berisi wang kepada rakannya yang menunggu di van.
Astro Awani
Wed Apr 13 2022

Menurut Abd Jalil, selain kes tersebut, tertuduh juga didakwa mengikut seksyen sama dengan pertuduhan menembak mati pengawal van keselamatan dalam kejadian samun di hadapan sebuah bank di Puchong Prima pada 11 Mac lepas.

Bimbang hilang kerja, tiada masa, alasan rakyat enggan buat saringan kesihatan
Penyakit tak pilih orang, tak pilih masa, bila-bila dan sesiapa pun boleh kena!

Cerita Sebalik Berita: Pemilihan PKR 2022 | Ini kemenangan untuk Ampang, parti - Hans Isaac
Pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyifatkan kemenangannya bagi jawatan Ketua Cabang Ampang pada Pemilihan PKR 2022 sebagai kemenangan untuk semua, khususnya buat Ampang dan parti Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac bercerita, sebagai satu parti, sudah tentu mereka akan meneruskan perjuangan dan agenda yang dibawa, tidak kira menang atau kalah.

34 premis urung lipas. lalat, tikus diarah tutup
Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah.

Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.

Cerita Sebalik Berita: Penjawat awam | bakal nikmati skim ansuran beli, baharui insurans kenderaan
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah bercerita tugasan liputannya dalam isu peluang kira-kira 1.6 juta penjawat awam membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi program pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com.

10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat
Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.

Harga ayam adil untuk semua pihak - Alexander Nanta Linggi
Nanta berpuas hati dengan kadar kepatuhan terhadap harga siling ayam dan memberi jaminan bekalan ayam mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Perbankan | SME Bank catat prestasi kewangan memberangsangkan
SME Bank menambahkan jumlah asetnya kepada RM11.4 bilion dan mencatatkan peningkatan portfolio pembiayaan kasarnya sebanyak 8.3% kepada RM8 bilion semasa tahun kewangan 2021. Pengerusi SME Bank, Datuk Seri Nazir Ariff berkata, hasil disiplin kewangan yang kukuh, pendekatan pengurusan risiko yang mantap, serta kedudukan modal yang teguh membolehkan bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) sebanyak RM55.3 juta pada 2021 mengatasi sasaran RM28.4 juta.

Kes 'scam' di Perlis meningkat 80 peratus - Polis
Kes jenayah komersial melibatkan penipuan dalam talian di Perlis dari Januari hingga Mei tahun ini meningkat sehingga 80 peratus kata Ketua Polis negeri Datuk Surina Saad.

Wilayah Bebas Berniaga diteruskan hingga 31 Dis - DBKL
Inisiatif Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) untuk Lesen Sementara KL Prihatin yang tamat semalam akan diteruskan hingga 31 Dis ini dengan beberapa penambahbaikan diperkenalkan mulai bulan ini.

50 pasukan sertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2022
Tahun ini KRM memperuntukkan bantuan geran sebanyak RM1,000 kepada setiap pasukan bertanding.

Dua beradik ditahan cuba sogok polis RM25,000
Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di premis perniagaan mereka di Kuala Lumpur dalam operasi yang dijalankan PDRM dan SPRM, kira-kira 10 pagi.

Polis rampas 9,208.81 gram dadah ,504 individu ditahan
PDRM mengambil maklum terhadap pendedahan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia mengenai senarai 15 pusat hiburan didakwa menjadi pusat pengedaran dadah di ibu negara.

Polis lengkapkan kertas siasatan kes buli pelajar di Teluk Intan
Kesemua 10 pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun yang ditahan reman selama empat hari sehingga esok akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Polis lakukan siasatan menyeluruh kes kematian Nour Rania Asyifaa
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ruslan Khalid berkata siasatan merangkumi keterangan saksi mahupun teknikal, dengan penggunaan kaedah forensik serta khidmat pakar patalogi dan kimia.

Saya syak Syed Saddiq subahat dengan dua lagi individu tentang kehilangan RM250,000 - Saksi
ASP Ahmad Marzuqi Ibrahim mengesyaki perkara itu kerana hanya Syed Saddiq dan dua lagi individu yang mengetahui kata laluan peti besi.

Polis berkas empat tekong darat dalang sindiket penyeludupan warga Myanmar
Sindiket tersebut dipercayai bergiat aktif di kawasan utara tanah air sejak awal tahun ini.

Polis buka kertas siasatan berhubung Perhimpunan Kebebasan Badan Kehakiman
Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia di Padang Merbok, ibu negara pada Jumaat.

Polis tahan empat lelaki asing kes video tular sokong hina Nabi Muhammad
PDRM turut merampas peranti dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan itu.

Pasangan suami isteri dalang sindiket penipuan BEC diberkas
Suspek ditahan adalah lelaki warganegara Nigeria berusia 43 tahun dan wanita tempatan berusia 41 tahun.