SHAH ALAM: Suspek yang menembak mati seorang pengawal keselamatan dan mencederakan seorang lagi dalam kes rompakan bank di Puchong Prima, dekat sini semalam dipercayai menggunakan pistol yang dicuri milik seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dibunuh pada 31 Ogos 2017.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pistol jenis Walther P99 itu dipercayai dirampas daripada Lans Koperal Valentino Mesa yang meninggal dunia kerana diserang dan ditembak seseorang di Pondok Polis Komuniti Pinggiran USJ.
"Siasatan awal mendapati pistol yang digunakan dalam rompakan nekad berhampiran bank semalam dicuri daripada anggota kita yang meninggal dunia itu. Dengan penahanan lelaki warga tempatan berumur 38 tahun itu, pistol berkenaan berjaya kita rampas kembali," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media berhubung perkembangan kes rompakan nekad berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, semalam yang menyebabkan seorang pengawal keselamatan ditembak mati dan seorang lagi cedera.
Pada 31 Ogos 2017, media melaporkan Valentino, 29, ditemukan meninggal dunia oleh anggota Unit Peronda MPV yang pulang daripada rondaan pada 3.25 pagi dengan kesan tembakan pada badan di pondok polis tersebut.
BACA: Pengawal keselamatan maut, seorang cedera ditembak di Puchong Prima
BACA: Lelaki dipercayai tembak mati pengawal keselamatan diberkas
BACA: Rompakan di Puchong: Pengawal keselamatan bertugas ambil wang dari bank - Polis
Selain itu, Arjunaidi berkata pihaknya juga turut mengesan enam kes samun bersenjata api di sekitar Selangor yang disyaki dijalankan secara solo oleh suspek dan dipercayai dia turut menggunakan pistol tersebut dalam kesemua kes itu.
Mengulas berhubung kes semalam, Arjunaidi berkata kejadian yang berlaku pada 5.50 petang itu adalah semasa empat pengawal keselamatan sebuah syarikat keselamatan sedang memindahkan wang tunai berjumlah RM1.03 juta daripada bank ke sebuah van.
"Kemudian berlaku pergelutan antara suspek dengan pengawal...suspek telah melepaskan tiga das tembakan yang satu daripadanya telah terkena belakang seorang pengawal keselamatan yang mengakibatkan pengawal itu meninggal dunia.
"Dua lagi das tembakan pula satu daripadanya telah terkena bahagian rusuk kiri seorang lagi pengawal keselamatan yang kini dirawat di Hospital Serdang.
"Semasa kejadian, suspek berjaya membawa lari wang dianggarkan RM500,000 dan semasa ditahan, kami telah merampas RM350,000 yang ada pada suspek," katanya.
Terdahulu, suspek kes rompak berhampiran bank di Puchong Prima itu direman selama tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed (kiri) menunjukan pistol jenis Walther P99 yang berjaya dirampas ketika sidang media berkaitan kejadian rompakan dan tembak berhampiran sebuah bank di Puchong Prima semalam. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Suspek kes rompak di Puchong Prima guna pistol milik polis
Suspek dipercayai menggunakan pistol yang dicuri milik seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dibunuh pada 31 Ogos 2017.