awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM buat persiapan rapi menjelang konsert Coldplay

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2023
15:18 MYT
PDRM buat persiapan rapi menjelang konsert Coldplay
Dijangka seramai 75,000 orang penonton akan hadir bagi menyaksikan konsert berkenaan. Pintu masuk stadium akan dibuka pada jam 6.00 petang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: PDRM telah membuat persiapan rapi dengan melibatkan pelbagai jabatan dan unit dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin ketika konsert Coldplay berlangsung.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin memaklumkan, PDRM akan menjalankan pemeriksaan tubuh badan dan beg serta barangan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium.
"PDRM tidak akan bertanggungjawab terhadap barang larangan yang telah dirampas semasa pemeriksaan di pintu masuk ataupun dalam kawasan perkarangan stadium," katanya.
Antara barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium adalah mercun, bunga api, suar, pen laser, topi keledar, sebarang objek tajam, minuman keras, rokok, pemetik api, drone dan pembesar suara.
Orang ramai diingatkan supaya menjaga tatasusila, tidak melakukan provokasi dan tidak mencetuskan kekacauan semasa atau selepas konsert berlangsung.
Beliau menjelaskan, PDRM akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana kes melibatkan pelanggaran undang-undang.
Katanya, orang ramai diminta mengelakkan melalui jalan-jalan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil jika tidak bertujuan menonton konsert itu bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Selain itu, orang ramai juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menonton konsert tersebut.
Dijangka seramai 75,000 orang penonton akan hadir bagi menyaksikan konsert berkenaan. Pintu masuk stadium akan dibuka pada jam 6.00 petang.
Topic Berkaitan
#Coldplay
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#PDRM
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan