awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM cadang skim gaji Konstabel diselaras dengan kadar gaji minimum - KPN

Bernama
Bernama
07/10/2023
08:48 MYT
PDRM cadang skim gaji Konstabel diselaras dengan kadar gaji minimum - KPN
Razarudin berkata selain penyelarasan tangga gaji, PDRM turut mengemukakan beberapa cadangan khususnya bagi meningkatkan tahap integriti pasukan. - Foto Bernama
IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan supaya skim gaji permulaan bagi Konstabel (YA1) sebanyak RM1,441 diselaraskan dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata selain penyelarasan tangga gaji, PDRM turut mengemukakan beberapa cadangan khususnya bagi meningkatkan tahap integriti pasukan.
"Kita telah cadangkan agar kenaikan penambahan 30 peratus daripada kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) dan kenaikan satu KGT 'one off' bagi kumpulan pengurusan profesional kepada skim pegawai kanan polis iaitu YA13 hingga YA24A.
"Begitu juga kumpulan pelaksana Skim Pegawai Rendah Polis Konstabel daripada Y1 hingga Y10 ini dan Skim Pegawai Kanan Polis dan Konstabel Orang Asli, YP1 hingga Y10, yang kita minta kenaikan 30 peratus KGT dan juga 'one off' atas KGT," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Lapang Sasar Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta dekat sini.
Turut hadir, Pengarah KDNKA Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah KDNKA WCB/PSK Bukit Aman SAC Azlin Sadari serta Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.
Razarudin berkata pihaknya turut mencadangkan supaya kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) yang diterima pegawai dan anggota berbeza mengikut kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar, diselaraskan.
"Gaji yang diterima anggota berpangkat rendah adalah kecil, selain tidak setimpal dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#tahap integriti
#skim gaji permulaan
#pengurusan profesional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan