SUBANG JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengemas kini sistem permohonan rentas negeri bagi mengelakkan pemalsuan dokumen pada masa akan datang.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ini kerana PDRM telah mengesan beberapa taktik pemalsuan dokumen rentas negeri sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan ini.
Beliau berkata PDRM akan menambah baik sistem berkenaan kerana orang awam akan cuba mencari jalan untuk mengatasi sistem rentas negeri yang sedia ada ini.
"PDRM akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada ini (pemohonan rentas negeri) bagi mengelakkan ia berterusan berlaku.
"Adalah lumrah untuk mereka (orang awam) melakukan perkara sedemikian (memalsukan dokumen) tetapi PDRM akan berusaha untuk mengatasi kelemahan yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyertai lawatan dan sumbangan raya Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada petugas sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol USJ Subang, di sini, tengah malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai taktik orang awam memalsukan dokumen rentas negeri dalam tempoh PKP ini.
Mengenai jumlah permohonan rentas negeri yang ditolak di seluruh negara setakat 12 Mei, Acryl Sani berkata PDRM telah menolak sebanyak 2,730 permohonan berkenaan yang dikemukakan atas pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Sementara itu, Ismail Sabri yang turut serta dalam lawatan berkenaan, meminta orang awam agar terus mematuhi PKP dan tidak merentas negeri atau daerah.
"Saya melawat SJR di Plaza Tol Eco Majesctic dan Plaza Tol USJ Subang dan mendapati tidak banyak kereta pada malam Aidilfitri (malam tadi) seperti yang disangkakan.
"Jadi saya percaya semua orang telah berada di rumah dan tidak bersesak di jalan raya. Saya berharap keadaan ini menggambarkan bahawa rakyat mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan kerajaan iaitu tidak melakukan perjalanan merentas daerah dan negeri," katanya.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021
Ismail Sabri bertanyakan sesuatu kepada pemandu yang melintasi Sekatan Jalan Raya Tol USJ pada Lawatan dan Penyampaian Sumbangan Raya kepada Petugas SJR malam tadi. Turut sama, Acryl Sani (dua, kiri) dan Affendi (tiga, kiri). --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Polis bongkar sindiket pemalsuan dokumen didalangi etnik Rohingya
Sindiket itu turut sediakan kemudahan kepada warga asing, dipercayai mampu mengaut ratusan ribu ringgit setiap bulan hasil menjalankan kegiatan jenayah terbabit.
PENJANA: Pengerusi Eksekutif, pengurus syarikat antara empat ditahan SPRM
SPRM menahan empat individu daripada dua syarikat berbeza kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja palsu di bawah Penjana 2.0.
Empat didakwa kemuka dokumen palsu tuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0
Empat individu didakwa atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM504,460.
Pemilik stesen minyak didakwa perdaya ahli perniagaan RM2.3 juta
Seorang pemilik stesen minyak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas empat pertuduhan memalsukan dokumen dan memperdaya seorang ahli perniagaan sehingga menyerahkan RM2.3 juta.
Bekas pegawai khas Menteri Besar mengaku tidak bersalah palsukan slip gaji
Tertuduh didakwa memalsukan dokumen slip gaji sebuah syarikat penerbangan bagi bulan Mei 2018 berjumlah RM15,820.63 untuk tujuan menipu.
Pegawai kanan Kerajaan Sabah dan pesara ditahan terima rasuah RM700,000
Perbuatan mereka dikatakan sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).
Pengarah Kejuruteraan mengaku tidak bersalah dapatkan suapan bagi saudara
Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kulim mengaku tidak bersalah atas 3 pertuduhan bagi kesalahan mendapatkan suapan bagi saudara serta pemalsuan dokumen yang dilakukan tiga tahun lalu.
Lantik peguam baharu, prosiding bela diri Peter Anthony ditangguh
Prosiding hari pertama bela diri Datuk Peter Anthony atas dakwaan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan ME di UMS ditangguh.
PDRM kemas kini sistem permohonan rentas negeri elak pemalsuan dokumen - KPN
Ini kerana PDRM telah mengesan beberapa taktik pemalsuan dokumen rentas negeri sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan ini.
Sindiket Bulgaria promosi kualiti dokumen palsu, tunjuk contoh pasport Sylvester Stallone
Empat warga Bulgaria ditahan pihak berkuasa kerana mendalangi sindiket hasilkan pasport selain wang kertas palsu.