Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Ops Warta bermula 5 Mei untuk mengesan individu yang mempunyai kesalahan trafik dan saman melibatkan 1.59 juta waran tangkap.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata waran tangkap itu dikeluarkan pihak mahkamah terhadap pesalah trafik yang gagal menghadiri perbicaraan kes kesalahan trafik.
Beliau berkata daripada jumlah 1.59 juta waran tangkap yang dikeluarkan, terdapat pesalah trafik yang sehingga kini tidak menyelesaikan saman mereka sejak tahun 1990.
"Waran tangkap ini masih aktif dan boleh disempurnakan pada bila-bila masa atau dalam keadaan apa sekalipun.
"Saya memberi amaran dan peluang kepada pesalah trafik dalam tempoh dua minggu supaya mereka tampil menyemak status dan menyelesaikan bayaran saman dari tarikh Ops Warta dilaksanakan," katanya dalam sidang media Ops Warga di Bukit Aman hari ini.
Menurutnya, orang awam boleh menyemak status saman mereka di balai polis trafik berhampiran di seluruh negara.
Mohd Fuad berkata PDRM mempunyai senarai penuh pesalah trafik dan senarai itu telah diagihkan kepada semua ketua Trafik negeri untuk tindakan.
"Saya menyeru kepada mereka yang mempunyai banyak tunggakan saman dan waran tangkap supaya tidak mendiamkan diri tetapi tampil berjumpa dengan saya atau ketua Trafik negeri supaya kami dapat melihat kedudukan saman berkenaan," katanya.
Selain itu, waktu kaunter bayaran saman di balai trafik akan dilanjutkan sehingga 10 malam sepanjang operasi itu dilaksanakan.
Berikutan itu, pihaknya juga akan melaksanakan sekatan jalan raya serta akan pergi ke premis pesalah trafik untuk tujuan mengesan dan menangkap mereka.
Dalam perkembangan lain, Mohd Fuad berkata polis akan menyaman dan menahan pelajar sekolah yang menunggang motosikal atau memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu yang sah di sekolah mereka.
"Ini kerana pelajar sekolah yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah dianggap tidak terlatih membawa kenderaan dan mereka boleh mengundang bahaya kepada orang lain," katanya.
Bernama
Thu Apr 30 2015
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata waran tangkap itu dikeluarkan pihak mahkamah terhadap pesalah trafik yang gagal menghadiri perbicaraan kes kesalahan trafik.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PDRM kesan 1.59 juta miliki kesalahan trafik, waran tangkap mulai 5 Mei
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Ops Warta bermula 5 Mei untuk mengesan individu yang mempunyai kesalahan trafik dan saman melibatkan 1.59 juta waran tangkap.