awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM kumpul maklumat dakwaan ejen Mossad dalam negara - KPN

Sinar Harian
Sinar Harian
08/11/2023
10:06 MYT
PDRM kumpul maklumat dakwaan ejen Mossad dalam negara - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, isu keselamatan dan ketenteraman adalah di bawah tugas PDRM yang tidak akan diabaikan. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul maklumat berkaitan sebarang dakwaan membabitkan ejen Mossad di dalam negara, berikutan kelantangan Malaysia menyokong Palestin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, isu keselamatan dan ketenteraman adalah di bawah tugas PDRM yang tidak akan diabaikan.
"Kita akan mengumpulkan sebanyak mana maklumat menerusi risikan bukan kata hanya ejen Mossad, termasuk juga sabotaj ekonomi dan espionage (ejen pengintipan).
"Sekiranya kita mempunyai maklumat itu, tangkapan akan dibuat," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada Rabu.
Oktober tahun lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti dakwaan ada ejen perisikan dari Israel masuk ke Malaysia dan menculik warga Palestin yang berada di negara ini.
Dalam perkembangan lain, Razarudin berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung kemungkinan terdapat rakyat Malaysia pergi ke kawasan peperangan di Gaza, Palestin.
“Saya mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak pergi ke sana (lokasi peperangan).
"Jika ada permintaan daripada pihak kerajaan yang mana menerima permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kita akan hantar pasukan PDRM sebagai pengaman di sana," ujarnya.
Dalam pada itu, Razarudin turut mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati dalam memberi sumbangan kepada pihak atau organisasi tidak berdaftar untuk bantuan ke Palestin kerana dibimbangi sebagai scammer.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mossad
#PDRM
#Razarudin Husain
#sokong Palestin
#perang Palestin Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan