awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM lancar Op Bantu mangsa banjir

Bernama
Bernama
31/12/2021
15:17 MYT
PDRM lancar Op Bantu mangsa banjir
Datuk Hazani Ghazali berkata operasi terbabit menyelaras dan menyokong penyampaian bantuan kepada NGO yang tidak mempunyai sumber logistik atau sumber manusia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Op Bantu bagi tujuan menyelaras penyampaian bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada mangsa banjir.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata operasi terbabit menyelaras dan menyokong penyampaian bantuan kepada NGO yang tidak mempunyai sumber logistik atau sumber manusia.
Beliau berkata bagi tujuan itu PDRM mewujudkan pusat panggilan di Pusat Kawalan Malaysia (MCC), Bukit Aman dengan nombor "hotline" 03-22663498 untuk dihubungi.
"Mana-mana NGO memerlukan bantuan perlu membekalkan maklumat antaranya seperti nama individu dan organisasi yang memohon; nombor telefon pemohon; lokasi dan sasaran bantuan dan jenis penugasan yang hendak dilaksanakan.
Selain itu, jenis logistik dan jumlah yang diperlukan; jenis barangan yang hendak diedar; jumlah anggota yang diperlukan untuk penugasan; dan peralatan yang perlu dan yang akan dibekalkan oleh pihak pemohon," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Hazani dalam pada itu memaklumkan akan mengaturkan tindakan susulan bagi memastikan setiap bantuan dapat disalurkan kepada penerima bantuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Op Bantu
#mangsa banjir
#banjir
#Hazani Ghazali
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan