KANGAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk mewujudkan pangkalan operasi hadapan bagi mempertingkatkan penugasan pasukan gerakan udara dalam usaha mengatasi jenayah rentas sempadan di negara ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Hazani Ghazali berkata perancangan itu akan dikemukakan kepada pihak atasan untuk dipertimbangkan termasuk menempatkan pesawat udara ringan yang baharu bagi kawalan berkenaan.
" ... saya dalam proses rancang untuk wujudkan forward operation base (pangkalan operasi hadapan) bagi pasukan gerakan udara di Perlis, Kelantan, Johor, kemudian Sabah (dan) Sarawak. Kalau kita ada pangkalan ini di Perlis senang, boleh meliputi Kedah dan Pulau Pinang.
"(Di) Johor boleh rangkum Melaka (dan negeri berdekatan), Sarawak mungkin saya akan letak di Bintulu, Sabah mungkin di Lahad Datu, di Perlis ini saya nak minta Datuk Muhammad (Ketua Polis Perlis baharu) kenal pasti lokasi untuk kita nak letakkan forward operation base ini," katanya.
Hazani berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Perlis yang baharu Datuk Muhammad Abdul Halim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.
Hazani berkata pesawat yang bersesuaian untuk mengawal dan mengawasi sempadan negara yang akan digunakan dalam penugasan itu ialah pesawat kategori Short Take Off and Landing (STOL).
Beliau berkata bagaimanapun, penggunaan dron tetap diteruskan dalam kawalan sempadan negara selain dipertingkatkan bersama pasukan gerakan udara untuk memantapkan lagi peranan pasukan keselamatan di sempadan negara.
Sementara itu, Muhammad berkata antara fokus beliau sebagai Ketua Polis Perlis yang baharu adalah untuk memastikan kawasan garis sempadan Perlis dengan negara jiran Thailand akan menjadi lebih terkawal, sekali gus mempertingkatkan tahap keselamatan negara ini.
"(Langkah) ini dengan kerjasama PGA (Pasukan Gerakan Am) dan lain-lain agensi yang beroperasi di sempadan," katanya yang turut menyatakan komitmennya untuk memberikan sumbangan bakti terbaik di Perlis yang merupakan negeri kelahirannya itu.
Muhammad menggantikan Datuk Surina Saad yang bersara pada 25 Sept lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Hazani berkata perancangan itu akan dikemukakan kepada pihak atasan untuk dipertimbangkan termasuk menempatkan pesawat udara ringan yang baharu bagi kawalan berkenaan. - Gambar/ Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.