awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM perlukan 16,000 anggota, pegawai JSJN untuk perangi dadah

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
26/08/2020
08:48 MYT
PDRM perlukan 16,000 anggota, pegawai JSJN untuk perangi dadah
Abdul Hamid akan berjumpa dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk merayu agar PDRM diberi kelonggaran untuk menambah perjawatan. - Gambar BERNAMA
Sebanyak 16,000 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) diperlukan dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras penyalahgunaan dadah dengan lebih efektif.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ketika ini JSJN di seluruh negara hanya mempunyai kira-kira 5,000 orang atau hanya lima peratus berbanding anggota dan pegawai di jabatan PDRM yang lain.
Kekangan itu, katanya, menyebabkan seorang pegawai penyiasat terpaksa menguruskan secara purata 14 kertas siasatan sebulan dan itu merupakan tanggungjawab dan bebanan tugas yang berat.
"Saya akan berjumpa dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk merayu bagi jabatan PDRM diberi kelonggaran dalam menambah perjawatan, makhlumlah negara kita bukan saja bertanggungjawab ke atas 32. 7 juta rakyat tapi (juga) tiga, empat, lima juta warga asing (angka ini) cukup serius.
"Dan sekiranya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik tidak dibekalkan dengan senjata yang cukup dari segi undang-undang, peralatannya, man power (tenaga kerja) saya bimbang kita akan kecundang," kata beliau.
Abdul Hamid berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat Ketua JSJN SeMalaysia di sini pada Rabu.
Menurut Abdul Hamid, berdasarkan tuntutan, di bawah Jabatan Narkotik memerlukan 16,000 anggota dan pegawai) untuk membolehkan PDRM mengambil tindakan yang lebih efektif.
Namun begitu, kataya, ketika ini jumlah tenaga kerja yang ada ialah sekitrar 5,000 sahaja.
Dalam pada itu, Abdul Hamid memaklumkan, sebanyak 144 sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di seluruh negara berjaya ditumpaskan JSJN.
Angka itu] melebihi indeks petunjuk prestasi (KPI) JSJN iaitu melumpuhkan sebanyak 30 sindiket dadah seperti disasarkan pihaknya sepanjang tahun ini.
Bagaimanapun, tegasnya, jumlah sindiket yang berjaya ditumpaskan itu juga memberi gambaran ancaman pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negara ini adalah sesuatu yang serius jika tidak dibanteras.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#anggota
#Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
#Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
#Ketua Polis Negara
#pegawai
#Polis Diraja Malaysia
#tenaga kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan