KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia dan Plus Berhad (Plus) mengaktifkan dua laluan pintar di Lebuh Raya Utara Selatan sebagai langkah mengatasi kesesakan berikutan pergerakan kenderaan kembali ke Lembah Klang selepas cuti umum sempena Aidilfitri.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata dua laluan itu melibatkan Kilometer (KM) 259 persimpangan Port Dickson hingga KM263 persimpangan Seremban arah utara dan KM19 persimpangan Senai hingga KM27 persimpangan Kulai arah utara.
"Aliran kenderaan tinggi dari arah selatan, utara dan timur menuju ke ibu kota menyebabkan kesesakan di beberapa tempat seperti kawasan mendaki dan penukaran tiga kepada dua lorong.
Petugas JSPT berada di lokasi 'panas' di lebuh raya, Jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran yang berlaku kesesakan ke ibu kota termasuk elemen keanggotaan serta unit dron diatur gerak secara sistematik bagi memastikan aliran trafik lancar dan terkawal, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Laluan pintar itu bertujuan mengoptimumkan penggunaan semua laluan termasuk membuka ruang paling kiri sebagai laluan sementara untuk menambah kapasiti lorong dan membantu melancarkan aliran trafik.
Mat Kasim berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan atau kesesakan luar biasa kepada bilik gerakan trafik Bukit Aman di talian 03-22663356 yang beroperasi 24 jam.
Sementara itu, JSPT menerusi hantaran di laman di Facebook memaklumkan sebanyak 1,381 kemalangan membabitkan 2,072 kenderaan pelbagai jenis pada hari keempat Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.
Katanya kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,528 atau 73.7 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam.
"Ia diikuti motosikal (256), kenderaan pacuan empat roda (122), kenderaan pelbagai guna (102 kes), van (43), lori (13), bas (lima) dan tiga kes kemalangan melibatkan teksi," menurut hantaran itu.
JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan.
Op Selamat 20 dilaksanakan selama tujuh hari bermula 20 April lepas bertemakan "Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi".
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023
Aliran trafik menuju ke Plaza Tol Gombak dilihat gak sesak susulan orang ramai memulakan pergerakan untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri. - BERNAMA
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.