awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM sedia bantu SPRM kes menantu Muhyiddin

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2023
11:08 MYT
PDRM sedia bantu SPRM kes menantu Muhyiddin
Razarudin berkata, pihaknya memberikan kerjasama melibatkan bantuan kepada SPRM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung permohonan Notis Merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya memberikan kerjasama melibatkan bantuan kepada SPRM.
"Kerjasama dengan pihak SPRM, kita akan bantu apa sahaja, itu tidak jadi masalah antara agensi sesama agensi," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, pada Khamis.
SPRM sebelum ini dilaporkan akan memohon Notis Merah Interpol terhadap menantu Muhyiddin dan seorang lagi individu yang dipercayai melarikan diri dalam kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.
Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata, permohonan itu akan dilakukan dengan bantuan PDRM dalam masa terdekat.
Individu pertama yang dicari SPRM ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, manakala, seorang peguam, Mansoor Saat, 69, beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.
Bagaimanapun, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#menantu Muhyiddin
#SPRM
#PDRM
#Interpol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan