awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM tahan enam lelaki Jepun, tumpas sindiket penipuan antarabangsa

Pia Ernadya
Pia Ernadya
30/05/2025
08:35 MYT
PDRM tahan enam lelaki Jepun, tumpas sindiket penipuan antarabangsa
Muhammad Hasbullah menjelaskan, modus operandi sindiket ini adalah dengan menggunakan teknik 'caller ID spoofing'. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa dengan penahanan enam lelaki Jepun dan dua dari China dalam serbuan di sebuah premis yang dijadikan pusat panggilan, di Kajang.

Ringkasan AI
  • Polis menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa yang beroperasi dari sebuah pusat panggilan di Kajang, dengan penahanan enam lelaki Jepun dan dua warga China yang menyasarkan rakyat Jepun sebagai mangsa.
  • Sindiket menggunakan teknik caller ID spoofing dan aplikasi Bria Mobile untuk menyamar sebagai polis Osaka, menghantar SMS palsu, dan memperdaya mangsa agar memberikan maklumat peribadi serta memindahkan wang.
  • Dua suspek warga China telah didakwa pada 22 Mei, manakala enam suspek Jepun akan didakwa pada 3 Jun, dengan pelbagai peralatan seperti iPad, telefon bimbit, dan skrip penipuan turut dirampas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, sindiket terbabit dipercayai menyasarkan rakyat Jepun sebagai mangsa.
Katanya, tujuh unit iPad, satu komputer riba, sembilan telefon bimbit, sembilan modem, satu set skrip dan satu rangkaian kunci telah dirampas dalam serbuan 13 Mei lalu, dengan nilai keseluruhan RM25,000.
"Berdasarkan siasatan, sindiket ini dipercayai memulakan operasi ejak dua bulan lalu dan menyasarkan rakyat Jepun sebagai mangsa mereka.
"Kesemua mereka dipercayai berperanan sebagai agen pusat panggilan terbabit," katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, pada Jumaat.
Muhammad Hasbullah menjelaskan, modus operandi sindiket ini adalah menggunakan teknik 'caller ID spoofing' dengan menyamar sebagai anggota polis Osaka, Jepun.
"Bagi memperdaya mangsa, sindiket ini akan menghantar pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa terdapat seseorang ditahan atas kes penipuan dan kononnya pihak polis Osaka telah menemui kad bank yang didaftarkan atas nama mangsa.
"Seterusnya, mangsa akan dihubungi secara panggilan suara untuk tujuan sisasatan," tambahnya.
Sindiket ini juga mengunakan aplikasi Bria Mobile, yang membolehkan mereka meniru nombor telefon rasmi polis Osaka, dan seterusnya memperoleh kepercayaan mangsa.
"Mangsa yang percaya akan diarahkan memberi maklumat peribadi dan memindahkan wang ke akaun yang ditentukan oleh pihak sindiket. (Dalam masa sama), mangsa juga diarahkan melaporkan pergerakan mereka secara harian kepada pihak sindiket.
"Setelah semua maklumat dan wang mangsa diperolehi, sindiket akan menyekat komunikasi dengan mangsa," tambahnya.
Katanya, dua suspek warga China telah dituduh di mahkamah pada 22 Mei lalu mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1956/63, manakala enam suspek Jepun akan didakwa di Mahkamah 3 Jun ini.
Topic Berkaitan
#scam
#JSJK
#Polis Diraja Malaysia
#warga jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan